Halaman

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Hari ini dah 1 oct 2013. Lagi 27 hari nak pergi tarikh 28 oct 2013
Makin rasa tak sabar dan excited sangat-sangat rasa
Hanya Allah yang maha mengetahui
Akan perasaan ini

Setahun ditinggalkan suami menjadikan aku insan yang lebih kuat
Menjadikan insan yang lebih tabah dan banyak berkorban
Bukan senang nah hadapi saat-saat lalu
Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi kekuatan untuk menghadapi saat-saat itu

Tanpa sokongan keluarga tersayang tak mungkin aku kuat untuk hadapi semua ni.
Keluarga juga banyak memberi sokongan pada diri aku
Terima kasih sangat2 pada ibu mertua tersayang yang sudi menemani aku selama 11 bulan kat sini
Bukan semua orang beruntung dapat mertua macam ni.
Betul tak

Terima jugak pada keluarga ipar yang sanggup lepasakan mak untuk duduk dengan aku kat sini
Semua sokongan keluarga amat aku hargai dan akan aku ingat
Semoga Allah membalas jasa baik kalian

Bukan senang kita nak besarkan anak-anak tanpa suami disisi
Begitu berat kurasakan
Semua kita kena buat sendiri
Takdek nak bergantung pada suami seperti sebelum-sebelum ni

Peristiwa paling menguju diri adalah saat-saat menanti kelahiran cahayamata kedua.
Syukur sangat sebab mak dan abah sanggup datang dari kampung teman kami semua kat rumah.
Risau kalau aku tiba-tiba nak bersalin tengah malam buta

Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segalalnya dari saat awal kehamilan sampailah bersalin
Baby dalam kandungan pun tak banyak meragam
Sampai saat2 nak bersalin pun Allah mudahkan sebab dia maha mengetahui
Syukur sebab malam tu semua staff nurse Hoshas amat baik sekali layanan pada aku.
Aku bersyukur dikelilingai keluarga yang maha memahami serta kawan-kawan yang setia denganku
Tanpa kamu semua aku tak mungkin dapat hadapi 11 bulan yang lalu

Sekarang hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk aku berdikari tanpa suami
mak mertua pun dah balik sarawak 29.9.13 yang lepas
Sekarang hanya tinggal aku tiga beranak sahaja kat rumah
Semoga semua akan selamat
Rutin harian pun dah berubah.
Kena keluar awal nak hantar anak-anak kat rumah pengasuh

Syasya pulak dah dekat setahun tak duduk rumah mami die
Bila hantar semalam dan tadi,
Menangis nak ikut aku,.
Adik steady je sebab tak tahu apa-apa..
Kesian anak-anak mama....

Sekarang ni hanya mengira hari agar cepat berlalu
Kesibukan kerja membuatkan aku lupa seketika masa yang berlalu
Hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada suami tersayang
betapa risaunya diri aku pada suami yang jauh kat sana
Semoga dia akan selamat sampai kepada kami semua

Suami tinggalkan aku dan Syasya masa aku pregnant 2 bulan
Masa tu memang pahit jugalah
Nak cancel pergi sana tak bolehlah sebab persiapan semua dah buat
Masa tu memang redha akan ketentuan Ilahi
Ada hikmah yang Allah nak duga kami
Akan kesetiaan kami sebagai suami isteri
Kesabaran kami berjauhan
Kekuatan dan tanggungjawab aku pada keluarga

Semua Allah uji aku untuk jadikan aku insan yang lebih kuat
Semua perkara kena uruskan sendiri
Ini satu pengalaman berharga pada aku
Bukan semua orang dapat pengalaman macam ni kan
Ia menjadikan hubungan kami lebih rapat bila berjauhan
makin merapatkan hati kami

Hasilnya,
Sekarang aku dah jadi insan dan isteri yang berdikari
Menjadikan aku insan dan isteri yang lebih matang dan tak terlalu bergantung pada orang lain
Kalau selama ni aku manja, sekarang aku dan boleh berdiri atas kaki sendiri.
Terima kasih Allah atas dugaan ini

Betul Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak hadapi
Dan sekarang, aku dah lalui ujian dari Allah dengan berjayanya
Hanya tinggal lagi sebulan sahaja yang perlu aku lalui
Bak kata orang, masa-masa kecederaan..haha

Ok..jom kita imbau saat suami aku nak fly jauh kat negeri orang sana.









No comments:

Post a Comment