Halaman

Tiada Pengganti

Harini dah 82 hari arwah abang tercinta pulang ke Rahmatullah
Pulang ke tempat asal untuk bertemu dengan Penciptanya.
Sudah 82 hari juga kami sekeluarga kehilangan orang tersayang

Rasa sedih sangat-sangat
Ini adalah kali kedua kehilangan ahli keluarga selepas arwah kakak
Kehilangan arwah kakak langsung aku tidak rasai sebab beliau meninggal 7 hari setelah dilahirkan
Masa tu aku takdek lagi kat dunia ni

Tapi kehilangan kali ni memberi tamparan hebat pada kami sekeluarga
Arwah meninggal ketika berusia 38 Tahun
Sudah 27 tahun aku hidup satu keluarga dengan beliau.
Ya Allah..kau tabahkanlah hati kami sekeluarga
Kami redha dengan segala ketentuan Mu walaupun hati ini merasai pedih kehilngannya.

Kehilangan yang tidak disangka-sangka
Arwah sakit sekejap sangat, Jadi aku memang tak sangka akan kehilangannya
Betulla jodoh,ajal dan maut ditangan Allah.

Arwah meninggal pada 1 Mac 2013 yang lepas.
Meninggal masa tiba kat Hospital Kuantan.
Tapi masa dalam ambulans area nak sampai Kuantan arwah tenat
Itu yang kami sekeluarga tak boleh terima sampai sekarang
Tak boleh terima dengan cara kematian beliau.

Ikut maklumat dari abang yang sorang lagi..
OKSIGEN dalam ambulan TIADA!!!
sesuatu yang tidak logic sama sekali!!!
kenapa takdek penyelenggaraan dibuat..
Bukan ke ambulans tu memang selalu akan pakai bila ada kecemasan???
Hanya Allah yang maha mengetahui.

Paling sedih, sebab tak sempat nk jumpa arwah sewaktu hayatnya masih ada.
Arwah ni duduk kat Muadzam, Aku kat Temerloh.
Abah cakap.. masa kat Hospital Muazam, arwah ada tanye pasal adik beradik die..pasal aku...
Tak datang ke.. Abah cakap nanti kami semua datang.
Bila teringat, aku rasa sedih sangat-sangat
Jahat ke aku seorang adik yang tak jenguh abang sendiri.
Tapi masa yang menjadi halangan.. Dengan keadaan aku yang sarat, jalan yang tak berapa selamat...
Kalau ada suami..dah tentu aku akan sempat jumpa arwah.. :(

3 hari sebelum arwah meninggal,aku dah plan nak pergi Muazam nak tengok arwah.
Masa tu arwah sakit sikit2 je..masih boleh bercakap..Cuma gastrik sebab tak makan.
Masa tu pukul 9.30 pagi aku dah siap-siap nak pergi sana tapi bila call mak aku,die cakap belum bertolak lagi
Aku fikir kalau mak aku lambat sampai,bosan pulak kat sana..
Jadi akau batalkan hasrat nak pergi Muazam. Lagipun balik hari...kena lalu ikut hutan bera tu sorang2 takut juga. Memang taknak bawak Syasya sebab nnt mengaruk je lebih dalam kereta.

Bila aku tanye perkembangan pada abang Saiful sebab diorang serumah, dia cakap arwah ok je..sihat
Jadi bagi aku..tak dek papela..tunggu Sabtu Ahad nanti baru boleh pergi sana
Aku call mak..die cakap pun kaeadaan arwh ok je sebab mak dan abah selalu pergi sana jenguh arwh.

Tapi walaupun aku tak jadi nak pergi Muazam..malam tu sempat jugakla aku ber'sms' dengan arwah
Tanya khabar..
Arwah cakap dia dah ok sikit..makan pun dah boleh sikit2..cuma lemah je
Tapi sms sekejap je..sebab arwah cakap die nak rehat, nak tidur sebab baru lepas makan ubat.

1 Mac 2013.
Masa siap-siap pergi kerja, Abang Saiful call cakap arwah masuk wad pukul 3 pagi sebab semput
Bila aku tanya ok tak..die cakap ok...
Aku pun tak kisah sangat.

Pukul 9 pagi aku kol lagi Abang Saiful nak tanye perkembangan arwah kat hospital
Dia cakap ok..Dah ada kt rumah sebab arwha tak nak masuk wad.
Cuma tunggu keputusan dari doktor samada kena hantar ke Hospital Kuantan atau tak
Kebetulan hari tu hari Jumaat..Doktor akan bagi keputusan selepas solat Jumaat.
Bila aku nak cakap ngan arwah ..Abang Saiful tak bagi.
Die cakap nanti takut arwah marah..
Aku pun diam je la..teruskan kerja haritu

Mak aku ada call..cakap on the way nak g Muazam tengok arwah.
Aku cakp nak pergi tapi mak aku tak bagi sebab takut nanti bila aku sampai Muazam,
diorang semua dah pergi Hospital Kuantan.
Mak aku bagi cadangan pergi Kuantan jer hari esoknya sebab esok hari Sabtu.
Mak cakap biar die pergi dulu..tengok keadaan arwah macam mana. Lagipun abah aku risau aku nak bawak kereta lalu ikut jalan Bera tu.. Kat situ semua hutan..die rasau apa-apa jadi kat aku nanti.

 Tapi tiba-tiba mak kol dalam pukul 3.30 camtu la
Masa tu mak,abah dan abang Saiful follow ambulans ikut belakang naik kereta
Mak aku kol mengangis-nangis cakap arwah dah tenat.
Terpana sekejap aku masa tu
Rasa tak percaya
Mak aku cakap ambulans berhenti kat tepi jalan untuk beri pertolongan cemas
Kami semua tak tau apa yang berlaku sebelum tu sebab ahli keluarga tak dibenarkan naik sekali dalam ambulans masa tu sebab dah penuh dengan nurse and doctor

Tapi ikut kata mak aku,
Doktor sedaya upaya bari pertolongan,
Rodok something dalam tekak arwah..
Maybe untuk beri oksigen atau apa
Yang paling menyedihkan oksigen dalam ambulans tu boleh takdek yang menyebabkab arwah disahkan terkena "BRAIN DAMAGE " !!
Sebab nya??? sebab oksigen tak sampai kat otak!!!
Korang semua boleh bayangkan tak macammana kalau kite tutup hidung tak boleh bernafas??
Subhanallah....Hanya Allah yang maha mengetahui

Lepas je dapat call dari mak, aku call mak mertua kat rumah suruh siap2 semua barang sebab aku akan balik ambil sebelum pergi Hospital Kuantan.
Lepas je ambil Mak dan Syasya..Aku terus pecut kereta selaju-lajunya kat highway
Tak kira dah speed trap atau apa
Pantang bunyi hp berbunyi je aku berdebar
Berdebar dapat berita yang menyedihkan
Akhirnya......apa yang paling aku takutkan terjadi jugak
Mak call cakap arwah dah takde.
Arwah meninggal masa sampai kat hospital
Aku yang bawak kereta ni rasa kosong sangat-sangat
Rasa nak berhenti kat tepi jalan, biar orang lain yang drive
Sebab aku dah tak mampu masa tu
Tapi terpaksa teruskan jugak perjalanan.
Masa dapat berita tu, aku dah kat area Maran dah.

Haritu adalah hari yang paling menyedihkan sangat-sangat.
Aku tak dapat kawal perasaan masa nk cium arwah buat kali terakhir.
Takde kekuatan nak hadapi semua tu.
Aku kena terima hakikat yang aku dah kehilangan seorang abang yang paling aku sayang sangat-sangat
selama ni, bila ada orang lain yang pergi..aku tak terasa sangat sebab bukan dikalngan ahli keluarga kita.
Tapi bila kena pada batang sendiri, baru aku tahu betapa sedihnya jiwa kita

Mak ada cakap, die dapat rasakan yang arwah akan pergi masa melawat arwah kat Hospital Muazam 1 mac haritu.
Die pegang kaki arwah dah sejuk sedangkan bahagian atas badan arwah panas.
Berpeluh-peluh.
Lagipun arwah tak pernah semput sejak dari lahir lagi.
Mak ada cakap, orang nak meninggal ni kena semput...tu tanda-tanda jugak.
Bila abah jauh sikit dari arwah sebab duduk kat luar Hospital ambil angin,..
Mesti arwah tanya.. "mak..boh mana "
Seolah-olah taknak berenggang langsung dengan mak ayah die.
Macam budak kecik yang merengek bile kena tinggal
Sebab arwah dah dapat rasa masa die pergi akan tiba 

Paling sedih, arwah ada seorang anak perempuan yang baru nak masuk 4 Tahun.
Anak arwah ni rapat sangat dengan ayah die.
mana tidak, masa mandikan jenazah anak dia ikut, masa kapankan, anak die ikut, masa kebumikan anak dia ikut sama
Ayat yang aku ingat sampai sekarang masa arwah dikebumikan... anak dia cakap " ayah sakit, ayah kena tidur kat situ "
Bila dengar je ucapan anak sekecil tu, lagi aku tak boleh tahan air mata ni

Masa lawat kubur esoknya, anak die ikut sekali
menangis suruh ayah die bangun dari dalam kubur
Terpaksa pujuk, cakap ayah ada kat rumah.
Terus die ajak balik...
Bila sampai rumah, die cari ayah die kat rumah..Tapi tak jumpa.
YaAllah..kau berikanlah kekuatan kepada anak sekecil itu yang telah kehilangan seorang ayah
Anak sekecil itu telah ditakdirkan menjadi seorang anak yatim.
Hebatnya dugaan untuk anak arwah

Kakak ipar kau cakap,
Alisya ( Nama anak arwah ) selalu mengamuk suruh call ayah die
die nak cakap...
kalau aku yang jadi mak Alisha..tak tau la aku nak jawab apa.
Hanya Allah yang maha mengetahui.

Arwah abang aku ni nama Mohd Yusman bin Ali.
Anak nombor 3 dari 6 adik beradik
Aku ada 2 orang abang je, arwah dan yang sulong iaitu Abang Saiful.
Sekarang kami dah kehilangan seorang ahli keluarga

Aku tak tau macam mana aku nak balik berpantang kat Rompin nanti.
Masih terbayang-bayang arwah kat mata ni.
Aku harap Allah berikan aku kekuatan nak hadapi semua ni nanti.
Masa baru-baru arwah meninggal,mak ada call
Sambil menangis cakap rindukan arwah
Selalu ternampak arwah jalan-jalan dalam rumah
Selalu terdengar-dengar suara arwah dalam rumah

Mana taknya..dalam masa sebulan sebelum meninggal, arwah selalu balik kampung
Duduk lama kat rumah
Mungkin die dah dapat rasakan yang dia akan pergi, jadi die nak selalu dekat dengan mak dan abah
Lepas meninggal, abah ada masuk bilik arwah
Baru perasan arwah dah simpan semua baju die elok-elok dalam kotak
Seolah-olah dia tahu yang dia akan pergi
Patut mak aku cakap arwah sibuk cari kotak..Mak tak tanya pulak nak buat apa
Rupanya arwah nak kemas-kemas baju die.Sebab lepas ni die takkan pakai dah.

Walaupun dah 82 hari arwah pergi,ingatan pada dirinya tak pernah luput.
macam manala suasana raya tahun ni tanpa arwah
Mesti sunyi sepi dan persiapan pun ala kadar jer.

Mak aku cakap, ayah aku selalu menangis bila duduk sorang-sorang
Yela..mana taknya, anak yang dijaga dari kecil dah takdek.
Kalau aku pun rasa lagi teruk pada tu
Aku harap Allah berikan kekuatan sekuat-kuatnya pada mak dan abah.
Macam mak cakap " siapa sangka rupa-rupanya anak yang pergi dulu dari dia "

Saat teks ni ditulis, aku masih rasa bersedih.
Airmata ni takdek makna bagi aku
Bila teringat arwah, tengok gambar,pasti air mata akan menitis jugak
Ingat lagi masa naik flight nak balik Sarawak...
Aku rasa sedih sangat sebab bile kite tengok awan, kita akan terbayangkan semua roh orang yang dah tiada berada di sana
Mulalah aku terfikit betapa jauhnya jarak kami.
Sedangkan langit tu terlalu tinggi

Tiap kali lepas sembahyang, teringatkan arwah...aku pasti akan sedekah ayat-ayat suci untuk arwah
Agar ingatan ni takkan lekang dari mengingatinya
Ya..aku redha dan terima segala qada dan qadar Allah
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi...
Macam kita juga, bila-bila masa Allah akan tarik nyawa.
Yang penting sentiasa bersedia dan bertaubat

Kepada semua rakan-rakan sekalian...
Aku mohon kepada kamu semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abang aku
Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa kalian...
Terima kasih sumua
AL-FATIHAH



Birthday Alisha masa raya 2011



Birthday Alisha setahun. with arwah and wife







No comments:

Post a Comment