Halaman

Kaedah perancang keluarga

Ok, sekarang nak tulis pasal kaedah perancang keluarga pula

Walaupun nampk macam sensetif sikit tapi apa salahnya untuk berkongsi maklumat sebab benda ni SANGAT-SANGAT penting untuk pasangan yang nak meracang keluarga sendiri

Sebelum ni dah tulis apa hukum merancang keluarga atau lebih tepat untuk merancang bilangan anak. Ia dibolehkan dalam Islam atas-atas sebab tertentu tanpa melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan pasangan lelaki atau wanita itu sendiri seperti pemandulan.

Apa yang aku faham ia dibolehkan dalam islam untuk merancang kehamilan dalam masa tertentu sahaja dan bukan untuk selamanya. Sebab tu lepas bersalin je doltor terus tanya kita akan kaedah kita untuk merancang kehamilan seterusnya.

Ok..jom kita tengok maklumat terperinci pasal kaedah untuk merancang keluarga. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Jadi anda nilai dan pilihlah kaedah yang bersesuaian dengan anda ok.

 Kaedah 1.


Apakah Ia? 
 
 Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progestogen.

Cara berfungsi

1. Mencegah ovulasi ( pengeluaran telur )
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
3. Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin

Cara Penggunaan

Mulakan pada hari kelima haid. Diambil satu biji sehari selama 21 hari berturut-turut dan berhenti selama 7 hari.

Keberkesanan

Berkesan 99% sekiranya diambil mengikut arahan.

Kaedah 2


Apakah Ia?

Hormon sintetil pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan.

Cara berfungsi

1. Mencegah ovulasi ( pengeluaran telur )
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
3. Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin

Cara penggunaan.

Suntikan diberi setiap tiga bulan sekali.

Keberkesanan

Berkesan hampir 100 %

Kaedah 3


Apakah Ia?

Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengandungi hormon progestin

Cara berfungsi

Hormon dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk
1. Mencegah ovulasi
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma

Cara penggunaan.

Rod implan dipasang di bawah kulit dibahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun

Keberkesanan

Berkesan hampir 100 %

Kaedah 4


Apakah Ia?

Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim

Cara berfungsi

1. Menghalang persenyawaan.
2. Mencegah pelekatan janin pada dinding rahim
3. ADR yang mengandungi hormon bertindak dengan menghalang ovulasi.

Cara penggunaan.

 ADR dimasukkan ke dalam rahim dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun

Keberkesanan

Berkesan 97 %  -  98 %

Kaedah 5

Apakah Ia?

Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit seksual

Cara berfungsi

Menghalang sperma dari memasuki rahim

Cara penggunaan.

Kondom disarungkan ke zakar yang tegang dan dikeluarkan ketika zakar masih lagi dalam keadaan tegang selepas hubungan seks

Keberkesanan

Berkesan 75 % sekitranya digunakan dengan betul dan konsisten

Kaedah 6


Apakah Ia?

Sejenis kaedah pencegah kehamilan yang kekal. Ia melibatkan pembedahan kecil ke atas wanita di mana kedua-dua tiup falopio diikat

Cara berfungsi

Menghalang pergerakan ovum ke dalam salur falopio dan menghalang percantuman ovumdan sperma

Cara penggunaan.

Pembedahan yang ringkas

Keberkesanan

Berkesan 99 %

Kaedah 7


Apakah Ia?

Sejenis kaedah pencegah kehamilan yang kekal. Ia melibatkan pembedahan kecil ke atas lelaki di mana kedua-dua salur sperma diikat

Cara berfungsi

Ikatan pada salur sperma menyebabkan sperma tidak keluar bersama air mani dan seterusnya mengelakkan persenyawaan berlaku

Cara penggunaan.

Pembedahan yang ringkas

Keberkesanan

Berkesan 99 %

Hukum Merancang Keluarga

Isu merancang keluarga adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan kita. Dula masa belum kahwin memang tak ambil port pun pasal hal ni.

Tapi bila dah berkahwin baru tau perancang keluarga adalah sesuatu penting dalam sesebuah perkahwinan. Sebelum ni memang tak pernah ambil apa-apa perancangan keluarga. Sampailah bila dah anak kedua ni baru plan nak ambil. Bukan apa, cuma untuk jarakkan kelahiran. Lagi pun anak2 masih kecil lagi. Syasya baru 2 tahun 2 bulan. Adik pula baru 4 bulan. Walaupun beza 2 tahun tapi aku rasa merancang bilangan anak seterusnya amat penting.

Jadi sebelum kita cari kaedah yang terbaik, jom kita tahu dulu apa hukum  merancang keluarga dalam Islam. Maklumat ni pun dapat dari internet. Try google dah inilah jawapannya.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;

Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّة

“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”

-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”

-Surah al-An`am, 90-

Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi.

 Baginda bersabda;

“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwini wanita. Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku” 

Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. 

Baginda bersabda; 

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”

-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;

وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”

-Surah An-Nahl, 72-

ALLAH juga berfirman, 

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

-Surah Al-Kahfi, 46-

Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”

-Surah al-Isra’, 31-

Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;


 1.      Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan   pasangan untuk mempunyai ramai anak

2.   Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam

3.   Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

GENAP 11 BULAN

22.10.13-22.09.13

Alhamdulillah....
Syukur pada Allah s.w.t
Hari ini dah 11 bulan suami ada kat bumi Lubnan.

Ini bermakna hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum dia balik.
Kenapa ada lebih? Sebabnya flight dia 28.10.13
InsyaAllah kalau tak dek apa-apa halangan

Bila makin dekat makin tak sabar pula rasa
Tapi tak boleh kira
Nanti akan rasa lambat.
Nak tunggu sebulan tu akan rasa lama sangat-sangat
Semoga Allah berikan keselamatan serta kesihatan yang baik kepada semua anggota kat sini
Kami sanak saudara di sini tak sabar menanti kepulangan kamu semua

Dalam 2 hari ni tak dapat kontek suami
Sebabnya die tak duduk kem biasa
Kalau tak silap pergi jaga kem di kawasan Kawkaba kalau tak silap.
Nanti kornag google la..takut salah ejaan je..hehe
Tapi yang risau tempat tu adalah bersebelahan dengan Israel ... :(

Line pun takdek kat sana
Wifi dah habis 2 hari yang lepas
Siapa-siapa yang ada line berbayar sendiri untunglah
Boleh berhubung
Sim suami dah expired.. Ingatkan ada org tolong hidupkan kat sana tapi hampeh..
Mati macam tu jer
Rasa bengang jugalah sebab tak jalankan amanah orang

Tapi apapun, setiap hari akan sentiasa buat solat hajat agar Allah berikan perlindungan kepada mereka semua
kita hanya boleh berdoa pada Allah.
Hanya dia yang maha mengetahui.

Lepas balik Malaysia dalam 28.10 nnt,
Diorang kena duduk Port Dickson pula dalam 2 minggu,.
Hai..nak kena tunggu 2 minggu lagi.
Tapi bila dah sampai Malaysia hati ni akan rasa tenang sikit la sebab dah keluar dari zon bahaya kan..hehe

Apa plan lepas cuti?
Hehe..memang banyak sangat.
Hanya masa yang tak mengizinkan.
Tapi plan yang betul2 jadi balik Sarawak dulu seminggu
Kat sana nanti nak buat kenduri doa selamat suami selamat pulang, Doa selamat dan cukur jambul Amani ngan tiga orang sepupu dia.
Tahun ni mak mertua dapat 3 orang cucu tau.
First dapat lelaki, kedua dapat perempuan( Amani ) yang ketiga tak tau lagi sebab ngah tunggu hari
Yang penting semua selamat

Lepas je seminggu duduk Sarawak, ingat nak holiday kat mana-mana tempat yang best.
Pilihan pertama ingat nak pergi Cameron Highlands..
Dah lama teringin nak pergi masa tak mengizinkan.
masing-masing sibuk..
Sementara suami dapat cuti 2 minggu ni, boleh la pergi jalan-jalan

Pilihan kedua pulak nak pergi langkawi...
InsyaAllah..
Dapat shopping kat sana pun seronok jugak la.
Tapi tengok keadaan tempat sebab Amani kecil lagi

Kalau tak dapat pun, mungkin akan pergi kat pulau-pulau je kot.
Banyak sgt tempat rasa nak pergi..hehe'

Apapun yang paling utama ialah suami balik sini dengan selamat..amin
Cuti dah simpan banyak tahun ni, harap2 ketua jabatan lepaslah nak bercuti lama hujung tahun ni..
Amin...hehhe...

Jom kita tengok keadaan kat sana
Gambar ni suami yang hantar haritu.
Yang paling mengagumkan adalah gambar pelangi tu
Cantik sangat-sangat





Lirik Lagu Pada Syurga Si Wajahmu – Nash

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti…

Bisikan Nurani


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd. 
 
Hanya hati mampu berbicara dan berkata-kata tentang lagu ini.
Semoga Allah permudahkan segalanya.. 
Amin


Result Tanda-tanda hamil anak lelaki atau perampuan




Kalau dulu aku pernah post pasal tanda-tanda hamil anak lelaki atau perempuan kan
Ok sekarang aku akan bagitau result pada korang semua
Sebenarnya benda ni tak tau la boleh percaya atau tidak
Kadang-kadang tanda-tanda yang dinyatakan tu sama macam anak lelaki
Bila dah keluar jadi anak perempuan pula kan

Kita hanya berserah pada takdir
Semua tuhan dah tentukan
Cuma kalau kita merancang untuk dapatkan anak lelaki atau perempuan
Kita cuma perlu amalkan pemakanan kita
Macam kalau nak dapatkan anak lelaki suami isteri kena makan apa
Kalau nak dapatkan anak perempuan suami isteri kena macam apa

Macam Ning Baizura.. memang menjadi masa dia amalkan cara pemakanan suami isteri sebelum mengandung tu
Memang dapat anak lelaki seperti yang diorang nak
Aku pas ni pulak la nak amalkan cara pemakanan untuk dapatkan anak lelaki..hehe
Tapi tu semua atas urusan Allah..
Aku terima je lelaki atau perempuan asalkan semua selamat dan sihat.
Nanti aku akan buat post lain pasal pemanakan tu k

Jom..sekarang kita banding tanda-tanda mengandung anak perempuan sebab anak aku yang baru lahir tu perempuan.


Ni berdasarkan post sebelum ni . Tulisan merah tu adalah result selepas aku bersalin 29.5.13 haritu.

Tanda-tanda mengandung anak perempuan

 1. Sering mual setiap pagi di awal kehamilan

- Masa mengandung Syasya dulu memang morning sickness yang sangat teruk. sampai muntah keluar warna ala-ala kuning gitu. Tapi kali ni takdek sangat. Sekejap je morning sickness
 - Yang ni betul sebab masa mengandung Amani haritu just morning sickness dalam 3 bulan pertama je. Lepas tu hilang. Semua makanan aku boleh bantai sampai semua orang tegur muka aku jadi bulat. Sebab cukup makanan..hehe
 
2. Detak jantung bayi rata-rata kurang dari 140 / minit
- Yang ni tak perasan sebab tak semak pun buku mengandung tu.
- Kalau ikutkan apa yang aku pernah baca, detak jantung bayi ni bukan pengukur untuk kita mengetahui jantina bayi sebab setiap bayi denyut jantung dia lain-lain. Ada yang yang lebih 140/minit dan ada yang kurang dari 140/minit

3. Punggung kelihatan lebuh besar, berat lebih tertumpu di bahagian pinggul
- Yang ni tak tau nak cakap macam mana.. Mungkin macam biasa kot.. Lagipun sebab takdek orang nk tolong check kan...hihi.. Jangan fikir bukan-bukan ok.. sebab Papa jauh nun berada di Lubnan
- Kalau bab ni aku tak pastilah pulak..hahha..No comment 

4. Dada sebelah kiri lebih besar.
- OPPPSS.... yang ni sensetif sikit..tak boleh bagitua..bahaya woo..hahaa
- Yang ni pun sama.. No comment..haha

5. Tubuh terlihat lebih tinggi,
-  Mengandung kali ni dengan masa mengandung Syasya dulu sama je kot. Sebabnye semua baju muat lagi takdek yang singkat pun..hehe
- Yang ni pun aku tak pasti sebab tu atas org yang tengok kita. Tapi aku pakai baju masa mengandung Syasya dulu ok jer.. Mungkin sebab Syasya pun perempuan jadi tak dapat tau perbazaan dia. Nanti aku next preggy nak tengok muat ke tak lagi uniform dulu.  

6. Perut terlihat seperti semangka(tembikai) dan melebar
- Tak berapa nampak lagi sebab dua kali mengandung perut kecik jer  
- Pernah ada makcik tegur tengok perut aku..Masa tu kalau tak salah 8 bulan kot. Die cakap perut aku bulat dan die teka perempuan. Aku cakap betullah sebab masa scan memang perempuan pun. Tapi kalau orang tua-tua ni diorang memang dah boleh agak..orang berpengalaman kan  

7. Lebih menyukai makanan yang manis-manis
- Suka manis? Dua kali mengandung suka yang masam. Tapi lahir first dapat baby girl
- Hmmm....Makan manis yer. Tapi sebenarnya kalau mengandung kita suka makan masam kan sebab nak elakkan loya. Aku takdeklah suka makan manis sangat..semua biasa-biasa je yang penting sedap untuk ditelan tekak..haha..Tapi aku suka makan buah anggur..Mungkin betul kot sebab anggur kan manis

  8. Tergila-gila pada makanan yang manis-manis
- Biasa-biasa je. Masa mengandung Syasya dulu tak boleh makan sangat. Kali ni makan memang kuat. Jadi perubahan tu ketara sangat. Yang kali ni semua bantai.. Masam..masin..manis..
  - Yang ni sama result macam nombor 7 kat atas tu

  9. Suka pada buah-buahan terutama buah yang manis
- Dulu memang suka makan buah. Dalam peti memang mesti kena ada stok buah anggur. Tapi mengandung kali ni jarang makan buah. Mungkin sebab dah kenyang makan makanan lain kot. Masa mengandung Syasya dulu memang suka makan buah sebab makanan lain memang tak boleh nak telah dah.
  - Stok buah memang sentiasa ada dalam peti tapi jarang makan. MAcam post aku sebelum ni la..mungkin sebab dah kenyang benda lain tapi buah anggur memang tak tinggal dalam peti..Sukan makan buah anggur.

  10. Lebih cerewet seperti sebelum hamil
- Aku rasa biasa-biasa je kot sebab aku bukanlah jenis ornag yang cerewet.. Agaknya la..haha. Masa mengandung Syasya dulu boleh banyak songeh sikit sebab ada orang nak layan.. Yang kali ni tak boleh sebab takdek orang nak layan.. Papa Syasya jauhh.. :( - Sebelum mengandung pun aku memang cerewet jadi tak nampak sebarang perubahan kat situ

  11. Moody dan suka marah-marah
- Dua-dua kali mengandung takdek nak marah2. masih boleh kawal emosi sebab tak elok untuk baby kalau kita asyik moody jer..hihi
  - Rasa takdek pulak nak moody2 kali ni. Tapi kalau ada orang buat hal memang kita akan marah la kan. Contoh macam nak hadapi kerenah orang sebab kita kerja dengan orang jadi kita akan jumpa macam-macam perangai kat situ. Sapa buat hal memang akan kena marahla..haha

  12. Sering mual pada menu-menu beraroma tajam
- Aku pun tak paham maksud die tu... Kalau tajam macam nanas tu kot. Masa mengandung Syasya aku tak berani makan benda-benda tajam dan panas ta[i mengandung kali ni aku berani.. Makan acar nanas dan buah durian. Tapi kalau bab bau-bau tu adalah. Masa mengandung Syasya memnag kabgsung tak boleh bau bewang yang orabg tumis tu..Mesti muntah. Tapi mengadung kali tak kisah pun.. Siap boleh memasak lagi.
  - Macam yang aku cakap..kali ni tak lama morning sickness. Kalau masa Syasya tak boleh bau bawang tapi masa Amani ok jer. Sebab boleh masak.

  13. Payudara berwarna pink dan lebih cerah.
- OPPPSSSS... ni satu lagi..tak boleh bagitau..hahhaha
- OPPPSSS....hahaha..No Comment !!!

14. Rambut terlihat lebih merah
- Sama je aku rasa macam sebelum mengandung tu
  - Yang ni biasa-biasa je aku rasa

  15. Warna urine lebih gelap dari biasanya.
- Entahlah..tak sempat nak check pun. Janji kencing ok. Sebab time checking ok je..Takdek masalah pape.  
- Yang ni tak pasti sebab kalau kurang minum air memang air kencing akan warna pekat kan. Kalau kita cukup minum air, air kencing akan jadi biasa je.

  16. Lebih suka tampil simple tanpa make up
- Tak jugak.. Time mengandung Syasya aku suka sangat make up. Siap pergi kelas make up lagi nak tambahkan ilmu di dada. Tempah barang make up ngan mak andam.. Tapi mengandung kali aku lebih suka yang simple2 je..Takdek nak make up tebal2 pun.. Just bedak and lipstic dah memadai.
- Yang ni memang macam menyimpang sikit. Aku dua kali mengandung anak perempuan, jadi memang nampak perbezaan. Sepatutnya sama je kan. Masa mengandung Syasya aku memang suka make up. Tapi masa mengandung Amani aku tak berapa suka sanngat. Kalau nak keluar pun just pakai bedak dan lipstik je. Takdekal nak berdandan lebih-lebih.

KESIMPULAN
kesimpulannya, kita tak boleh percaya sangat sebab kalau ikut pengalaman aku ada yang sama dan ada yang tak sama. Yang penting kita berserah pada Allah dan janji anak serta ibu selamat dan sihat

Tapi kalau sekadar suka-suka boleh je kalau kita nak compare kan tapi jangan terlalu taksub sebab nanti jatuh khurafat pulak kan..hehhe

Apapun kepada bakali ibu dan ayah kat luar sana, sentiasa berdoa agar semua selamat...amin ... 

Main tunggang kuda




Bayi penuh dengan sikap ingin tahu. Bermain dengan bayi kecil perlu untuk membantu perkembangan fizikal dan mentalnya. Pada usia awal, otot leher anak masih belum cukup kuat.
 
Namun mencecah usia dua bulan, bayi sudah pandai menegakkan kepalanya sama ada dalam posisi berdiri atau duduk. Jika meniarap, anak boleh mengangkat kepalanya separa dengan badannya.
 
Permainan yang sesuai untuk anak anda ketika berusia dua bulan adalah bermain tunggang kuda. Bermain seolah-olah anak anda sedang menunggang kuda merupakan permainan yang mampu membentuk keseimbangan dan kekuatan tubuh badan anak anda.
 
Ia secara tidak langsung membina kepercayaan antara anda dan anak. Anda perlu meletakkan anak di atas lutut (anda duduk dengan kaki membengkok sedikit). Berikan dia sejenis mainan yang mengeluarkan bunyi untuk digenggam.
 
Mulakan nyanyian dan gerakan lutut seolah-olah si kecil sedang menunggang kuda. Lebih bagus jika anda iringi alunan muzik ketika menyanyi untuknya.
 
Buat mimik muka yang ceria atau melucukan kepadanya agar dia berasa gembira dengan aktiviti tersebut. Buat bunyi seperti ‘trit-trot-trit-trot’ seiring dengan gerakan turun naik kaki anda, ia bagi menggalakkan penguasaan pertuturannya.
 
Aktiviti ini akan menguatkan daya ingatan anak anda apabila kerap diulang-ulang.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Warna najis bayi menunjukkan tahap kesihatan diri bayi


Najis yang dikeluarkan oleh bayi terutama yang baru lahir sangat penting untuk mengukur tahap kesihatan bayi tersebut. Sebagai ibu dan ayah baru, anda perlu memahami rupa najis bayi sebagai petunjuk anak adalah sihat. Najis bayi yang minum susu ibu sepenuhnya berbeza dengan bayi yang diberikan susu formula.

Najis bayi yang menyusu susu ibu
Biasanya bayi yang minum susu ibu akan mendapat kolostrum daripada susu pertama ibu. Ia bertindak sebagai pencetus yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi.
Setelah ibu menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi  akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.
Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari.
Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.
Najis bayi minum susu formula
Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.
Biasanya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Najis hijau

Kadang kala kita dapati si kecil membuang air besar yang berwarna hijau dan berbuih. Ini  kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu lemak yang boleh mengenyangkan. Kemungkinan ia disebabkan penyusuan yang berlebihan atau berkurangan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.
Pastikan bayi habis menghisap susu daripada sebelah payu dara sebelum beralih ke payu dara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah

Palitan darah dalam najis bayi boleh berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.


Simtom najis bayi yang tidak normal?

Cirit-birit
 
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda.
Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.
Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut:


Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.
Sembelit
 
Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah:

  • kesukaran membuang air besar;
  • najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering;
  • sakit perut;
  • kejengkelan;
  • kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras.

Bayi yang diberi susu badan jarang mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kelembutan najis.
Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya.
Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.



Sumber : Majalah Pa&Ma

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja


Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:


Masa Menyusu
Hari 1 - 3
Hari 4 - 6
Hari 7 - 9
Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pg
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pg
Susu ibu
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tgh
Susu ibu
Susu ibu
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptg
Susu ibu
Susu ibu
Susu ibu
Susu yang diperah
 




















Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
Hari 1-3 :
 Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.