Halaman

6 bulan sudah

Sekarang ni bulan September.
Ini berkmakna dah 6 bulan arwah meninggalkan dunia ni
Hati ni masih terasa lagi saat beliau pergi
Rasa masih baru lagi.
Hati ni tak boleh terfikirkan arwah
Kalau terdetik dihati, memang akan mengalir airmata

Kalau ngah drive
kadang-kadang fikiran melayang teringatkan arwah
Masa tu memang akan menitik airmata sampailah aku tiba kat rumah

Haritu ada berborak dengan mak mertua pasal orang meninggal ni.
Sebab dekat kem kelmarin ada askar yang meninggal
Aku jadi trauma kalau dengar berita sedih ni

Mulalah aku menangis.
Aku luahkan pada mak apa yang aku rasa
Tak sempat nk jumpa arwah
Padahal 3 hari sebelum arwah pergi, aku dah siap2 nk bertolak ke Muadzam
Tapi entah kenapa, tak jadi pergi
Mungkin Allah dan tentukan yang aku tak sempat nk jumpa arwah.
plan nak pergi Muadzam hari Sabtu, Tapi Allah lebih menyayangi arwah
hari Jumaat yang penuh barakah beliau telah pergi

Kelmarin aku bermimpikan arwah lagi
Betapa rindunya aku pada arwah.
Banyak kali juga aku mimpikan arwah
Apa yang mampu aku lakukan sedekahkan ayat-ayat suci al quran kepada arwah
Hanya itu yang dapat aku lakukan

Memang rasa terkilan juga lah
Sebab sebelum ni aku tak pernah rasa kehilngan orang yang tersayang
Tapi lepas apa yang terjadi ni menjadikan aku insan yang lebih baik
Menghargai setiaap yang ada untuk bersama dengan orang-orang yang aku sayang.

Ikhlas aku cakap,
Aku tak boleh kira umur mak dan abah.
Kalau aku kira juga confirm aku akan menangis
Sebab aku tau, semakin hari mak dan abah semakin tua
Sekarang ni umur abah dah 64 tahun dan mak pula dah 61 tahun
Walaupun diorang masih sihat tapi aku tahu diorang semakin lemah
Aku perhatikan ayah aku dah semakin kurus
Hanya ada kulit dan tak banyak isi
Sebab tu aku tak boleh fikir usia mak dan abah

Sekarang apa yang perlu buat?
Aku perlu berbakti kepada mereka semasa hayat masih ada
Aku cuba bahagiakan mak dan abah
Aku cuba luangkan masa yang ada untuk bersama mereka
Kerana selepas ini..kalau umur mereka sudah tiada nescaya aku tidak akan berpeluang lagi untuk bersama dan berbakti kepada mereka.
Sebulan sekali aku cuba luangkan masa untuk balik kampung
Selalu telefon bertanya khabar

Aku tak kuat nak hadapi semua ni
Aku tak sanggup nak hadapi saat-saat mereka pergi nanti
Ya..memang betul.
Setiap orang pasti akan mati
Tapi aku betul-betul tak bersedia nak menghadapi saat-saat itu
Ya Allah..kau kuatkan lah semangatku
Jadikanlah aku seorang anak yang solehah dan mempu membahagiakan orang tua ku.
Jadikanlah aku insan yang kuat

Jadi untuk semua adik beradik ku..
Semoga kita semua menjadi anak-anak yang solehah untuk mak dan abah.
Semasa hayat mereka masih ada..masa inilah kita berbakyi kepada mereka
Semoga kita semua menjadi anak yang baik untuk mak dan abah.
Tanpa mereka kita takkan lahir ke dunia ini.

Rasa sebak bila fikir
Hanya Allah yang tahu perasaan ini
Betapa besarnya pengorbanan mak dan ayah dalam memsesarkan kita semua.
Kita hanya ada seorang abang sekarang ni
Ahli keluarga kita juga semakin berkurang
Sermoga Allah melindungi diri kita semua..
Amin....


Mohd Yusman bin Ali. Dikau sentiasa dalam ingatan ku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Al-Fatihah


Mak dan abah. Aku berjanji akan sentiasa membahagiakan diri kalian kerana tidak ada dua atau tiga yang akan menggantikan tempat sebagaei ibu dan bapa ku.

No comments:

Post a Comment