Halaman

Kaedah perancang keluarga

Ok, sekarang nak tulis pasal kaedah perancang keluarga pula

Walaupun nampk macam sensetif sikit tapi apa salahnya untuk berkongsi maklumat sebab benda ni SANGAT-SANGAT penting untuk pasangan yang nak meracang keluarga sendiri

Sebelum ni dah tulis apa hukum merancang keluarga atau lebih tepat untuk merancang bilangan anak. Ia dibolehkan dalam Islam atas-atas sebab tertentu tanpa melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan pasangan lelaki atau wanita itu sendiri seperti pemandulan.

Apa yang aku faham ia dibolehkan dalam islam untuk merancang kehamilan dalam masa tertentu sahaja dan bukan untuk selamanya. Sebab tu lepas bersalin je doltor terus tanya kita akan kaedah kita untuk merancang kehamilan seterusnya.

Ok..jom kita tengok maklumat terperinci pasal kaedah untuk merancang keluarga. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Jadi anda nilai dan pilihlah kaedah yang bersesuaian dengan anda ok.

 Kaedah 1.


Apakah Ia? 
 
 Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progestogen.

Cara berfungsi

1. Mencegah ovulasi ( pengeluaran telur )
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
3. Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin

Cara Penggunaan

Mulakan pada hari kelima haid. Diambil satu biji sehari selama 21 hari berturut-turut dan berhenti selama 7 hari.

Keberkesanan

Berkesan 99% sekiranya diambil mengikut arahan.

Kaedah 2


Apakah Ia?

Hormon sintetil pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan.

Cara berfungsi

1. Mencegah ovulasi ( pengeluaran telur )
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
3. Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin

Cara penggunaan.

Suntikan diberi setiap tiga bulan sekali.

Keberkesanan

Berkesan hampir 100 %

Kaedah 3


Apakah Ia?

Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengandungi hormon progestin

Cara berfungsi

Hormon dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk
1. Mencegah ovulasi
2. Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma

Cara penggunaan.

Rod implan dipasang di bawah kulit dibahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun

Keberkesanan

Berkesan hampir 100 %

Kaedah 4


Apakah Ia?

Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim

Cara berfungsi

1. Menghalang persenyawaan.
2. Mencegah pelekatan janin pada dinding rahim
3. ADR yang mengandungi hormon bertindak dengan menghalang ovulasi.

Cara penggunaan.

 ADR dimasukkan ke dalam rahim dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun

Keberkesanan

Berkesan 97 %  -  98 %

Kaedah 5

Apakah Ia?

Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit seksual

Cara berfungsi

Menghalang sperma dari memasuki rahim

Cara penggunaan.

Kondom disarungkan ke zakar yang tegang dan dikeluarkan ketika zakar masih lagi dalam keadaan tegang selepas hubungan seks

Keberkesanan

Berkesan 75 % sekitranya digunakan dengan betul dan konsisten

Kaedah 6


Apakah Ia?

Sejenis kaedah pencegah kehamilan yang kekal. Ia melibatkan pembedahan kecil ke atas wanita di mana kedua-dua tiup falopio diikat

Cara berfungsi

Menghalang pergerakan ovum ke dalam salur falopio dan menghalang percantuman ovumdan sperma

Cara penggunaan.

Pembedahan yang ringkas

Keberkesanan

Berkesan 99 %

Kaedah 7


Apakah Ia?

Sejenis kaedah pencegah kehamilan yang kekal. Ia melibatkan pembedahan kecil ke atas lelaki di mana kedua-dua salur sperma diikat

Cara berfungsi

Ikatan pada salur sperma menyebabkan sperma tidak keluar bersama air mani dan seterusnya mengelakkan persenyawaan berlaku

Cara penggunaan.

Pembedahan yang ringkas

Keberkesanan

Berkesan 99 %

No comments:

Post a Comment