Halaman

temuduga pplv j29



alhamdulillah
1.7.2014 dpt sms dr spa pnggil tmdg pplv
memang syukur sangat-masa tu.
tapi masa seminggu je yang ada untuk prepare diri

masu tu tak ingat apa dah
tak tau nak baca apa
semua kelam kabut
 search internet cari macam2
beli paper 3 hari sebelum temuduga utk isu semasa
senarai pendek nama menteri
nama jabatan
senarai tugas
sampai tema hari merdeka pun aku hafal

bukak semua transkrip diplome dulu
search nama modul yang ada
senarai pendek maklumat
hafal komponen elektronik
sampai satu tahap jumpa cikgu elektronik kat sekolah ni suruh terangkan pasal meter
lampu flip flop bagai
pasal meter sampai cikgu tu pening kepala nak terangkan kat aku.
haha

akhirnya sampai hari temuduga.
ajak mak n boh ikut sekali.
sewa resort duta sands
mak tolong jagakan amani masa aku temuduga
boh dan sasa ikut aku g ilp untuk temuduga
besar pengorbanan mak boh dtg dari rompin ke terloh amik aku kemudian g kuantan
dah la bulan puasa
masa tu suami pulak kursus kt johor
nak tak nak kena ajak mak dan boh jugak

cerita semasa temuduga
setiap calon dah diberikan masa temuduga. macam aku pukul 9 pg kalau tak silap.
tak ramai calon.
ingat memang tak ramai tapi makin lama makin ramai sebab die ikut masa yang dah ditetapkan dalam surat

tunggu turn
senyum n salam calon lain.
baca kali terakhir nota kecil
tak masuk apa dah'
calon lain tanya macam2. aku jadi blur
last2 aku bagi nota kecik aku suruh diorag baca sendiri..haha

locng bunyi tandanya turn aku plk
macam biasa pakai kasut tutup tumit tinggi
pinjam blazer kawan pejabat sebab aku takdek blejer
tumit kasut plak pecah bila jalan bunyi kuat
nak beli lain sayang sebab pastu tak pakai dah,
janji tak jatuh bila berlajan dah la
untuk calon anmetag jangan lupa k
make up jangan tebal2 cukup sekadar sedap mata memandang. cewah.haha

pertama sekali kena bagi salam.
kalau ada penemuduga perempuan salama dulu
die minta kita perkenalkan diri
kenalkan macam biasa dr peribadi teruslah kepada formal tentnag kerjaya pendidikan dan apa sahaja

penemuduga akan tanya beberapa soalan
contoh soalah utk aku tentang peralatan elektronik
aku terangkan komponen apa yg aku hafal.
lepas tu dia ada tye tntg telekomunikasi ( die tgk transkrip dip kita )
nasib baik blh jawab
aku cerita pasal meter flip flop yang cikgu ajar kat sekolah 2 3 hari lepas
yang penting kena yakin bila ,enjawab
sampai berkerut dahi penemuduga sebab aku macam pusing ayat,..haha
tapi bila kita confident semua akan selamat
ada jgk dia tanya soalan aku tak dapat jawab
aku cuma cakap aku hafal yang tu je
die cakap " saya tak suruh awak hafal. saya nak awak faham "
aku resha je masa tu. cuma senyum jela

turn panel spa tanya soalan
tentang kerjaya sekarang
dah berapa tahun kerja
kenapa nak tukar jawatan lain
camana kalau kena anta sabah sarawak
tanya camana nk handle budak2 masa dalam kelas
nasib baik mmg keje sekolah jadi jawablah apa yang kita perlu buat

soalan isu semasa vc seolan cepumas yg plg aku takut..haha
dia tanya tantang malaysia laksanakan UTC dan RTC
dia tanya tau tak
aku cakap tau je padahal tak ingat apa2 pun
tiba2 teringat sasa selalu ikut nyanyi lagu UTC kt tv
yer....alhamdulillah blh jawab
tapi tu pun salah.
aku cakap UTC tu semua tmpt urusan kita ada
paling aku jawab sa;ah aku ckp UTC ada kat Indera Mahkota padahal UTC ada kt terminal lama Kuantan.
Lepas temuduga baru aku tau UTC kt sana
Nasib baik die bukan orang kuantan..haha

Last sekali bila dah siap dia ada tanya aku nk tanya diorang apa2 lagi tak
taubat aku tak tanya. karang lain plk cite..wakaka
aku ckp tkdk apa2
Last sebelum keluar panel SPA bgtau saya suka penampilan awak
kembang semerbak sekejap aku rasa..hihii

dalam 2 bulan tunggu keputusan temuduga ni
aku cuma dapat calon simpanan je
syukur sebab bukan 1st batch sebab dalam hati berbelah bahagi samada nak pergi atau tak

1 comment: