Halaman

Deko Bilik Syasya Dan Amani

Cari kerja hujung minggu!! tu la yang berlaku. Tapi kerja ni berbaloi2 jugalah.
Untuk anak apa salahnya berhabis wang dan tenaga kan. Masa pindah rumah baru ni, takde nak cat rumah pun. maklumlah suami jauh. Malas nak cat sorang2.

So, ada satu bilik dikhaskan untuk anak-anak. Konon-kononnya untuk bilik mainan lah. Kalau ada tetamu datang, boleh duduk kat situ. Jadi bilik tu tak dijasikan stor macam masa duduk rumah lama. Semua barang2 simpan dalam kotak dan almari. Tak tau lah kalau suami dah balik nanti. Barang-barang die boleh dikatakan banyak juga lah.. hehe...

Ok.. jom kita tengok gambar yang aku ambil sepanjang aktiviti ni. Ni buat sorang2 je tau.. Alhamdulillah siap. Mungkin ada sikit cacat celanya kot..hehe. Biasalah aku bukan orang yang berseni pun. Janji cepat siap..hehe





Masa mula-mula sekali aku pasang wall paper ni ikut cini. Tapi tak boleh dan tak cantik. Die tak rata sebab banyak angin yang tak boleh dibuang.. Ayat macam keling sikit..hehe. Sebab belah kanan tu ada almari, jadi susah sikit aku nak masuk tangan untuk tegangkan die. Jadi, aku kena cabut semula lah. 


 Last aku mulakan dari sebelah cini. Senang sikit nak tarik wall paper ni nak bagi tegang. Sebab kalau die dah lekat kat dinding susah sikit nak cabut. Kuat jugaklah gam benda alah ni. Tapi aku jugaklah yang macam tak elok sikit. Yang penting kita kena betulkan dari mula sekali. Bila dari atas die dah ok, sampai bawahlah senang kita nak tarik. Cuma yang jadi masalahnya sebab beam dinding tu tak sama. Jadi tak boleh ikut sangat ukuran dia.



Tada..... dah siap dah wall paper untuk dinding ni. Ok lah daripada takde. Nak cat malas. Nasib baik jumpa wall paper ni. Tu yang makin semangat nak buat. Mula-mula cadang nak pasang hari sabtu. Tapi atas semangat yang berkobar-kobar hari jumaat malam tu jugak aku pasang. Lepas je tidurkan Amani, aku mulakan operasi ni. Tapi bilik kena kunci dari dalamlah sebab kalau tak ada sorang lagi pembantu yang akan tolong kacau buat benda ni..hehhe...





ha, 6 ekor binatang ni aku beli dah lama dah. Dalam 2 minggu yang lepas. Saja beli. Kumpul dulu-dulu dari awal. Bila dah siap wall paper, aku lekatkan kat penjuru belah atas kiri dan kanan. Nasib baik belik 6 ekor haritu, dapatlah tampal 3 ekor setiap penjuru. Sekor ni tak mahal pun. Cuma RM 1.90 jer. Barang2 ni semua beli kat koboi. Tu yang dapat murah.



Ha.. Ni satu lagi. Aku testing je beli sebab tak tau nak buat apa. Yang ni pun murah je..kalau tak silap RM 5.90 kot. Ni aku tampal kat belah kanan sebelah kanan kat almari tu. Sebab apa??hehehe..
Kalau korang perasan dinding tu tak smooth sikit. Sebabnya susah nak tarik wall paper ni sebab sebelah die ada lamari. Jado sempit sikit. So, untuk elakkan kecacatan tu, Aku tampallah set ni kat situ. Boleh cover sikit kan. hehe.



 Kat bahagian tengah dinding ni aku tampal gambar Syasya dengan Amani. Takdeklah nampak macam kosong sangat. Mula2 nak tampal ngan gambar ayat 3 kul Tapi tak jadi, Aku tampal gambar budak-budak ni je la.




Ha, yang ni plak aku tampal kat bahagian tengah. Tak tau nak letak apa. Jadi aku print out gambar Syasya ngan Amani. Jadi bolehlah tampal kat tengah2 tu. Tapi nampak macam ok jugaklah kan. Nama pun bilik diorang. Mestilah gambar diorang ada.. hihihi...

Bila dah ada gambar, rasa lagi ok kalau isi nama sekali kan. Aku pun potonglah board tu dan tampal. Nak tampal pun sekian hal jugak...Tak tau posisi macam mana. Last2 tampal atas dan bawah lah. Nampak macam ok juga kan. Nampaklah ada perbezaan kat situ. 

Tapi sebelum tu kenalah print out huruf-huruf nama dulu. Kalau pakai tulis je mau ada kecik besar..Tak sama... Tapi nak potong board pun susah jugak. Dia bukan board gabus tu. Tapi macam yang bergetah. Pakai pemotong board tu macam tak jalan jer.. LAst2 aku pakai gunting je.
Lagi senang dan lagi cepat siap. Rugi plk beli pemotong tu. 3 set bateri plak beli. Last2 tak pakai pun. Takpe..think positive. Mana tau pas ni bleh wat kt bilik aku plk...hehe



Dalam gambar ni ada 2 ekor angry bird. Ni semua sebab Syasya excited sangat dengan angry bird. Jadi aku pun belilah. Nasib bek dapat sepasang. Tampal je la kat atas gambar tu. Dapat kiri ngan kanan ok la kan..hehe.




Ni la gambar keseluruhan deko yang aku buat tu. Walau[un tak kreatif tapi cantik gak kan.. kan??kan?? hahaha
Bahagian bawah tu nanti ingat nak tampal something yang Syasya N Amani boleh baca. Macam tampal untuk info pembelajaran jugaklah. Cuma yang tu nanti kena servey lagi la. Kalau ada lagi cantik. Mainan die pun tak susun lagi sebab tak sempat nak cari bakul. Buku2 pun ok jugak letak kat sini dengan harapan ruang tamu tak bersepah lagi lah. Tapi bila bilik dah siap pun Syasya duk heret lagi kotak mainan die tu kat ruang tamu.




Ha...ni tuan bilik dah bergaya dekat bilik die. Suka sangat die masuk dalam bilik ni. Tengok kartun2 dalam tu. Tengok gambar2 dia. Tapi ok lah..Nanti die main pun dalam bilik ni jugak lah bila semua dah lengkap. 




Ni wall paper yang beli. dalam 10 meter setiap gulung. Satu gulung tu RM 19.90 jer. Jadi aku beli 2 gulung sebab takut tak cukup. Jangan ditanya kenapa aku pilih gambar ni. Sebab tu je pilihan yang ada kat kowboy masa tu. Yang lain ada. Tapi kecik dam 2 meter satu gulung. satu gulung tu RM 7. Kalau aku kira-kira, 10 meter dah rm 35. Kalau darab dua dah RM  70. Tak boleh..pembaziran sebab mahal sangat. Aku nak cari yang murah dan jimat jer. Lagi pun bukan duduk lama pun kat rumah ni. Nanti pindah rumah lain rugi plak..hihi.




Ni la peralatan yang aku beli. Boarh tu RM 6.90 jer. Ada banyak kpeping. Aku beli 2 set konon takut tak cukup. Padahal satu pun dah cukup. Tu pun banyak lagi lebih sebab just tulis nama jer. 

Pemotong tu plak dalam RM 6.50 kalau tak silap. Tapi tak sesuai nak potong board tu sebab die jenis yang bergetah sikit. Last2 aku pakai gunting je. Lagi senang dan cepat siap.

Bateri pun rugi sebab tak pakai. Sepasang tu RM 1.90 jer..aku belik 3 pasang konon takut tak cukup. Lagipun pemotong tu kuat makan bateri sebab dah pernah pakai kat sekolah.

Tape pun beli satu je. Banyak lagi lebih sebab pakai tak banyak pun. Sikit2 jer. Tape tu dalam RM 3.50.

Gunting tu tak beli. Memang dah ada kat rumah..hehe.

Huruf-huruf nama tu just print out jer. Cari pembaris untuk tulis huruf tak jumpa pun. Ada yang kecik je. Yang besar tak jual kot. Tapi susah sikit nak lukis atas board tu sebab sie lembik. Yela, pakai kertas A4 je tu. so semua huruf2 tu tak smooth pun. Cuma kena gunting elok-elok je la tak bagi nampak sangat beza dia.




Ni lepas dah gunting. Ok jugak kan. Takdeklah nampak macam kelakar sangat. Kira bolehlah nak tampal kat dinding tu. Cuma dekat dinding tu kena wat garisan lurus lah pakai pensel supaya tak senget benget. Tu pun jenuh nak tengok biar jadi sama.. hehe

Ok lah daripada takdek. Jadi seronok pulak bila dah siap. Wat simple2 jer. Nak yang jimat kan. Ni je la hasilnya. Kalau duduk rumah sindiri baru seronok nak deko. Sekali ngan katil boleh deko. Geram bile search jer tengok semua cantik-cantik. 

Yang penting Cik Abang sayang dah puji...heheh... Pasni bleh deko bilik sendiri la pulak..hahha...



Muka berseri owner punya bilik ni..hehehe...Riben tu jangan salah anggap plak. Masa tu nenek die duk bukak hamper Amani...Tu yang bagi Syasya pakai...haha

No comments:

Post a Comment