Halaman

MALBATT 850-1 berlepas ke Lubnan


MALBATT 850-1 berlepas ke Lubnan
 Hishammuddin (tengah) dan Zulkifli bersama anggota MALBATT 850-1 pada majlis penghantaran kumpulan pertama Malaysia ke Lubnan di TUDM Subang.  
 
 

 
Subang: Kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT 850-1) bagi menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan, berlepas semalam.

Majlis penghantaran disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Pangkalan Udara Subang di sini.
 
Ganti MALBATT 5
 
" Hayatilah erti sebenar makna sebuah keamanan dan lihatlah sendiri bagaimana kesusahan kehidupan rakyat di sana apabila negara terbabit dalam kancah peperangan” Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan  "

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan pemakaian beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyerahkan bendera Malaysia kepada Komander MALBATT 850-1, Kolonel Arman Rumaizi Ahmad.

Hishammuddin berkata, anggota MALBATT 850-1 dengan kekuatan 540 anggota itu diatur gerak bagi menggantikan MALBATT 5 yang tamat melaksanakan misi 12 bulan di Tibnin, Lubnan.

“Kumpulan yang berlepas hari ini (semalam) seramai 300 anggota terdiri daripada 38 pegawai dan 262 anggota, termasuk dari Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
“Dengan kedatangan kumpulan Induk MALBATT 850-1 ini juga menandakan proses penggabungan pasukan Malaysian Company (MALCOY 9) dan MALBATT sudah selesai,” katanya.

Timba pengalaman

Turut hadir pada majlis itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Zulkifeli Md Zain dan Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Hishammuddin menasihati anggota MALBATT 850-1 menggunakan peluang tugasan luar negara ini untuk menimba pengalaman, seterusnya berkongsi dengan rakan di tanah air apabila pulang nanti.

“Hayatilah erti sebenar makna sebuah keamanan dan lihatlah sendiri bagaimana kesusahan kehidupan rakyat di sana apabila negara terbabit dalam kancah peperangan,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta semua pihak menerima keputusan perwakilan membuat pemilihan pada 19 Oktober lalu.

Katanya, keputusan oleh lebih 145,000 perwakilan itu perlu dihormati kerana ia adalah suara majoriti.


Wow...diorang pergi..husband aku pula yang balik. Tahniah kepada anggota yang terpilih ke sana sebab buikan semua orang bernasib baik akan terpilih. Hanya mereka yang terbaik sahaja akan terbaik

Kepada semua anggota keluarga, banyakkan bersabar dan berdoa agar ahli keluarga anda selamat di sana. Semoga Allah memberkati semua..amin


No comments:

Post a Comment