Halaman

7 Bulan Sudahh Berlalu

Sedar tak sedar dah 7 bulah arwah tinggalkan kami
Betul cakap mak, makin lama kita akan makin merasa rindu pada arwah
Aku tak nafikan akan perasaan aku

Semenjak dua menjak ni perasaan ni jadi lain sangat2
Bila drive pergi n balik kerja pasti akan teringatkan arwah
Manakan tidak, aku dapat berita pemergian arwah masa aku drive kereta
Belum sampai Kuantan masa tu dari Temerloh
Dapat berita sedih tu kat Maran

Hanya Allah yang tahu perasaan ni
Susah aku nak terangkan
Apa yang mampu aku cakap, aku sangat rindukan arwah

Terkilan sebab tak dapat jumpa saat-saat akhir
Last aku sms arwah malam 27 Feb dan arwah pergi 1 mac.

26 feb tu aku dah siap2 nak pergi Muadzam nak melawat arwah
Masa tu sakit tak teruk pun
 Tapi ntah macam mana berubah fikiran, tak jadi pergi padahal dah masuk dalam kereta dah
Itu yang membuatkan aku terkilan sangat2
Bila aku teringat hal ni, pasti aku menangis

Penyesalan yang akan aku kenang sampai aku mati
Kalaulah aku pergi...........
Kalaulah aku pergi............
Kalaulah aku pergi............
Tapi itu semua sudah tiada makna lagi
Penyesalan selama-lamaya.

Kalau rindu,
Pasti aku akan baca semula sms dengan arwah
Ayat last sms arwah cukup ringkas...
C U ....

Tapi apakan daya
Semua sedah ketentuan Allah. 
Allah dah tentukan semuanya
Ajal maut semua ditangannya...

Ya Allah..
Betapa aku rindukannya...

Teringat kenangan bersama arwah semasa hayatnya
Arwah rajin membantu
Walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tapi arwah tak kedekut kudrat die
Mintalah apa sahaja
 Pasti dia akan membantu
Masa majlis kahwin aku haritu pun dia banyak membantu

Dua minggu sebelum pergi memang arwah dah tunjukkan tanda-tanda die
Duduk kampung lama-lama
Mungkin nak berdekatan dengan mak dan abah
Arwah simpan semua baju-baju dalam kotak
Patut mak cakap dia cari kotak, Bila tanya arwah cakap nak simpan baju-baju dalam kotak'

Bila arwah dah takde, barulah semua orang perasan.
masa balik raya haritu, aku tangok banyak kotak gandum mak atas almari
Semua ada baju arwah
Tapi aku tak mampu nak bukak kotak-kotak tu
Aku tiada kekuatan diri.
Jangankan bukak kotak,
Bilik arwah pun aku tak masuk.
Aku takut airmata ni akan tumpas
Aku taknak menangis depan mak dan abah
Kesian pada mak dan abah nanti rasa sedih
Cukuplah penderitaan mereka menerima hakikat kehilangan anak tersayang

Tapi yang paling takkan berubah adalah panggilan aku pada arwah
Aku tak boleh sebut perkataan arwah
Aku pasti akan sebut " abang alek " dalam percakapan aku
Walaupun semua orang sebut perkataan arwah Alek
Itu aku tak mampu lakukan

Setiap kali lepas solat...
Aku takkan lupa sedekahkan Al-fatihah untuk arwah
Akan aku lakukan selagi aku hidup
Kalau ada kesempatan dan bila rindu dah tak tertanggung,
Pasti aku akan sedekahkan Yasin pada arwah.
Semoga arwah beroleh ketenangan di sana

Tapi sebenarnya sampai sekarang aku masih rasakan yang arwah masih ada
Seolah-olah aku tidak dapat menerima hakikat ni.
Biarlah apa orang nak cakap, yang pasti aku terlalu rindukan arwah
Hanya dengan coretan ini yang dapat aku luahkan apa yang aku rasa.
Yang pasti arwah sentiasa dalam hati dan ingatan melebihi segala2nya

Abang Alek, aku terlalu rindukanmu. 
Semoga Allah berikan ketenangan kepada dirimu di sana
Aku berdoa agar kita berjumpa di akhirat kelak
Al-Fatihah.


 


No comments:

Post a Comment