Halaman

Malbatt 5 dah setahun !!!

22.10.12-22.10.13
Alhamdulillah..hari ini genap setahun malbatt 5
Sekejap je masa berlalu
Walaupun memang lama pun rasa..hehe

Sekarang tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi husband nak balik Malaysia.
Ya Allah,... hepi giler rasa
Tapi lagi hepi kalau die bali group pertama
Group pertama dijangka akan sampai esok
Tapi apakan daya.. Masih ada tugas yang perlu diselesaikan menyebabkan husband kena balik group kedua 29.11 ni
Takpela yang paling penting dapat balik dengan selamat..
Amin...

Kat sekolah pun kawan-kawan semua main perli2 je..
Yela...cik abang dah nak balik kan...
Minggu ni adalah minggu senyum kan
Bukan bermakna selama ni tak senyum
Tapi minggu ni senyum sampai ke telinga..
Boleh ker??
ikikiki..

Allah je yang tahu rasa bahagianya dalam hati
Susah nak explain kt korang..hehe

Tapi dalam hepi nk tunggu orang kesayangan ni balik
Dapat dugaan paling kuat.
Dua-dua anak demam termasuk diri sendiri
Paling sedih Amani kena admit ward disebabkan jangkitan kuman pada salur pernafasan

Dalam hati ni Allah je tau 
Menangis sorang2 dalam wad mengenangkan nasib anak

Jumaat malam sabtu Amani batuk batuk lepas tu muntah
Esoknya hari Sabtu batuk lagi, ada muntah
Rasa tak sedap terus bawa checking kat klinik Sulaiman
Dapat ubat demam ngan batuk vs cair kahak
Balik rumah si kaka plak demam
Terpaksa kongsi ubat demam adik jer

Aku pula lepas telan ubat selsema terus jadi mengantuk
Dalam pukul 7.40 terkejut dengar Amani menangis kuat
Muka dah jadi gelap, mungkin sebab kuat sangat menangis
Suara jadi lain macam, tak lepas nak bernafas

Pujuk-pujuk pun die tak nak juga
terus cari handphone
Tangan terketar-ketar  duk cari no telefon
Tak tau nak call sapa
Last-last call pengasuh tapi tak angkat
Call pulak Hanim
Nasib bek die angkat
Die cakap hello tapi aku tak terdaya nak cakap sepatah kata
Die letak phone, aku call semula

Lepas tu baru boleh bercakap
Aku explain apa yang berlaku
Nasib baik suami die ( kawan suami aku vs askar jugak ) call pegawai bertugas kat kem
Die cakap pegawai tu akan anta pergi hospital

Mula-mula aku cakap aku malu
Takut sampai hospital doktor marah sebab anak takdek papa
Tapi kena paksa juga suruh bawak Amani
Last2 aku inform pada pengasuh ajak teman pergi hospital untuk tolong pegang Syasya

Nasib baiklah dapat pengasuh yang baik hati
Tolong aku saat-saat susah macam ni
Dalam pukul 9 lebih kami semua pergi hospital

Sampai sana penuh pulak tempat kecemasan
Dapat nombor giliran 128 sedangkan masa tu baru nombor 119
Amani pulak terus menangis
Semua orang tengok
Nasib baik ada sorang kakak tu yang bawak anak juga tolong aku masuk bilik doktor walaupun nombor tak dipanggil lagi
Bila doktor tengok terus suspek anak aku kena jangkitan pada saluran pernafasan

Masa tu juga lah Amani kena sedut satu gas tapi aku tak tau nama die.
Selak menangis, mungkin tak selesa kot ada gas masuk hidung dan mulut die
Lepas sedut tu baru la dia diam sikit. Mungkin dah selesa untuk bernafas
Bila check suhu tinggi
Nurse masukkan ubat ikut bontot die untuk redakan panas demam
Sementara tu, Doktor bagi tiub oksigen untuk bantu Amani bernafas denagn selesa

Kena pulak cucuk dekat tangan.
2 botol kecil doktor amibil darah
Lepas tu masuukan 2 jenis ubat untuk kurangkan bunyi nafas
Memang sakitlah, aku sendiri masa bersalin kena masuk tuib tu pun sakit
Ini kan pula Amani yang baru umur 4 bulan lebih

Lepas tu pergi bilik x-ray untuk cek paru2
Nasib baik paru-paru ok lagi.
Dalam pukul 1 pagi lebih kena masuk wad sebab nafas Amani masih lagi berbunyi
Syasya pula balik dengan mami die
Tido rumah mami die malam tu

Malam tu suara Amani memang kuat gila menangis dalam wad
Mungkin tak selera oksigen kat hidung
Sakit tangan lagi yang ada getah untuk masukkan ubat tu
Mana tak sakit, tangan asyik terkapai-kapai
Tangan sebelah lagi memang kena pegang, kalau tak nanti habis ditarik getah ubat kat tangan tu
Masa tu memang tak selesa la keadaan wad
Dengan air cond yang sejuk gile,
Bidsing dengan bunyi budak-budak menangis lagi'Bantal tak dek
Terpaksa alas pakai selimut sebab Amani taknak tido atas katil
Nak tido berpeluk, nak kena dodoi macam duduk dalam buai

Siang tu dalam pukul 10.30 pagi sekali lagi kena sedut gas macam malam tadi untuk dos kedua.
Doktor check cakap dah ok sikit
Seb baik dapat discharge hari ahad
Aku sendiri pun tak tahan duduk dalam wad
Sejuk terlampau sgt
Tu yang Amani pun tak selesa juga

Bila kat rumah nasib baik dah ok.
Cuma kadang2 ada bunyi macam orang berdengkur masa die tidur
Kalau time dia batuk kena cepat2 tengok, dudukkan dulu'
Risau kalau tersedak ke apa
Kat rumah Amani ceria sikit
Ye la..selesa, tangan pun tak sakit dah sebab dah cabut getah tu
Tidur malam pun dah lena sikit
Cuma kurang menyusu je.
Sekali menyusu bagi 3oz pun tak habis
Minum dalam 1 oz je
Tu pun 2 kali mnm jer

Tapi sekarang dua-dua anak dah ok
Rasa alhamdulillah syukur sangat2
Dalam masa2 kecederaan ni, lagi seminggu tunggu husband nak balik macam-macam hal pulak berlaku
Bila malam jadi trauma pulak'Takut anak sakit
Nasib baiklah dapat kawan-kawan yang prihatin dan bauk hati
Tq kak Ana n Hanim
Jasa korang Allah yang balas nanti.

Kalau takdek diorang tak tau la apa nak jadi
Dengan aku yang tinggal 3 beranak jer..
Nak drive sendiri pergi hospital mustahil dalam keadaan macam ni
Aku berdoa sangat2 semoga benda ni takkan jadi lagi.

Walaupun husband jauh, nasib baik dia sentiasa bagi kata-kata semangat]Berterima kasih sebab jaga anak-anak die dengan baik
Balik nanti dia cakap nak bagi upah
Suruh pilih aku nak g jalan-jalan kat mana...
hhehehe
Dalam hati ni teringin sangat rasa nak pergi Langkawi tapi mustahil sebab jauh sangat
Jadi aku decide nak pergi Cameron Hihglands je..hehe
Jadilah...tak pernah pun pergi bercuti sejak kahwin ni
Maklumlah, kesuntukan masa
Syasya pun kecil lagi dulu, kereta pun tak mengizinkan nak jalan jauh
Tapi sekarang dah selesa sikit..Amani kecik pun takpelah.
Nak tunggu Amani besar nanti keluar pula adik die.
Dalam giru sampai bila-bila tak dapat pergi jalan..hahaha

Sekarang hanya tinggal 7 hari sahaja lagi
Semoga Allah permudahkan semuanya
Semoga semua anggota Malbatt walaupun dah kurang seorang agar dapat balik dengan selamatnya
Kami ahli keluarga sentiasa menunggu kepulangan kamu semua

Hari ni, Malbatt 6 akan berangkat ke Lubnan untuk menggantikan Malbatt 5
Teringat pula saat-saat yang aku hadapi 22.10.12 yang lepas
Jadi aku faham perasaans semua anggota keluarga yang terlibat
Cuma perlu banyakkan bersabar, yang penting KESETIAAN kepada pasangan masing-masing
hehehe

Mulai hari ini aku akan belajar mengira
Tapi mengira secara mengundur
Sori Syasya....mama tak ajak kakak Syasya mengira mengudur k
Biar mama sorang yang kira..hehe

Setahun yang lalu menjadikan aku seorang insan yang kuat, tabah dan berdikari
Aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri
Menjadikan aku seorang yang berdikari
Mujur aku dikurniakan keluarga dan keluarga mentua yang begitu memahami
Dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa beri kata-kata semangat pada diri aku.
tanpa mereka siapalah aku untuk menghadapi setahun yang lepas.
Sesunggauhnya Allah yang akan balas semua jasa baik kalian..
Amin...

AKU YANG DULU BUKAN;AH YANG SEKARANG!!!
hehehe...

Ok la, nak share gambar Amani masa kat wad kecemasan dah wad.
Sedih bila tengok keadaan anak yang masih kecil macam ni


Ni Syasya demam juga. Tapi taklah seteruk adik
Kesian anak-anak Mama tak sihat


Sedih muka Amani sebab tak selesa oksigen kat hidung. Tu pun kena pegang tangan sebab die sibuk nak cabut.


Tengoklah tangan saya....


Masih mampu tersenyum. Tapi asyik menangis tak selesa tangan die


teridur..mengantuk sangat. Lenguh tangan mama nak kena pegang Amani. Bantal pulak takdek nak buat las..Dugaan oh dugaan


Tangan sebelah kena bedung. Kalau tak mau dicabutnya wire kat sebelah tangan lagi


Selepas sedut gas dos kedua. Sudah semakin ceria


Letih baring, nak berpegang pula


Monyok je muka Amani


Suhu terlampau sejuk. Kena selimut kalau tak asyik nak menangis je sebab tak selesa


Sa...yang Adik!!!


mentang2 patient die bayi..banyak ni je die bagi makanan. Aku pulak yang jadi sajit gini gaye..haha...tengok pinggan orang sebelah semua merumbu belaka


 
Oleh sebab tak sihat..mama benarkan adik duduk dalam buai k..Lepas ni no excuse...haha



No comments:

Post a Comment