Halaman

Malbatt 5 dah pulang

Assalamualaikum semua
hari ini aku rasa happy yang sangat2
Tak tau nak cakap macam mana.
Terlalu gembira

Semalam 30.10.13 merupakan tarikh keramat bagi kami 4 beranak
Semalam suami aku pulang dengan selamatnya dari menjayakan misi Malbatt5 di Lubnan
Bila dah jumpa depan mata, rasa terlalu gembira
Bersyukur pada Allah semuanya dah selamat
penantian kami semua sudah berakhir

Semalam kami gerak dari kem dalam pukul 12.30 tengahari.
Sebab nak cepat sampai dan takut jem, aku lalu ikut highway Lanchang.
Hujan jugaklah masa dalam perjalanan
Tapi tak bawak laju pun sebab jalan licin.

Sampai KL dalam pukul 2.30 ptg macam tu la...sampai tepat sebab guna GPS..hehe
Selama ni kalau nak pergi rumah adik ipar.,mesti die kena amik kat satu satu tempat sebab aku sesat
Semalam dengan jayanya selamat sampai Sri Hartamas walaupun ada jugaklah tersesat masuk kt taman burung..hehe

Lepas tu kami semua bertolak ke TUDM Subang. Tak jauh pun, dalam kul 3.10ptg mcm tu dah sampai.
Tapi yang kelakarnya GPS tu tunjuk jalan ke TUDM ikut pintu belakang..
Apa da punya GPS
Patutpun lalu jalan kecik, depan rumah orang, ada anjing, ibaratnya macam lalu dalam kampung

Sampainya gate TUDM rasa happy sangat2
Tanya guard tu kami nak pergi ke sambutab Malbatt tapi tak boleh masuk ikut pintu tu, sebab pintu belakang
Kena lalu pintu depan
Dalam hati aku cakap ah sudah, jalan pun tak tau
Cuma berpandukan apa yang guard tu cakap

Tu pun ada sesat jugaklah nak boleh sampai ke pintu utama
GPS tu tak guna sebab takut die suruh uturn pergi pintu belakang semula..haha

Tapi sampai jugaklah dalam pukul 3.30 dekat gate utama
Pas parking kereta terus masuk ke dalam dewan
Masa tu suami aku belum sampai lagi

Bila nampak je kapal terbang air asia mendarat aku rasa terharu sangat
Airmata ni tahan je tak nak bagi menangis
Dapat tengok kapal terbang dulu pun jadi lah
Bukan apa, bila suami dah selamat sampai kat Malaysia ni rasa bersyukur
Semua dah selamat
Korang faham-faham jela keadaan kat Lubnan sana yang tak berapa nak ok kan
Hanya orang-orang kat situ je yang akan faham perasaan aku
Sedih bercampur gembira, terharu, semua ada

Bila nampak je suami masuk dalam dewan tu, terus pergi kat dia..
Salam siap2..hehe
Yang len takleh bagitau..kiki
Syasya pun kemain lagi jumpa papa die
Mulalah nak tunjuk sikap mengada dia tu
Amani pulak senyum jela papa die dukung
Bukan tau pape pun
Seb baik die tak menangis tengok papa
Sebab Amani ni kalau tgk org yang die tak kenal mesati die menangis..hehe

Sempat jugakla kami 4 beranak masuk dalam dewan sekejap untuk majlis sambutan
Acik dengan mami Syasya duduk kat luar jer.
Terdengar juga org yang bagi ucapan tu sebut pasal anggota yang terkorban dalam nahas jalan raya masa kat sana
Terus fikiran aku terbayang pada isteri dan anak-anak arwah
macam manalah kehidupan keluarga arwah
Rasa sedih jugaklah.
Semoga Allah bagi kekuatan pada ahli keluarga arwah...amin...

Tapi tak tau kenapa semalam hujan
Memang dah masuk musim ujan kot
Maklumlah dah dekat bulan 11 bulan 12 kan

Kami semua dapatlah habiskan masa dengan suami masing-masing sebelum diorang pergi ke Port Dickson
Korang jangan ingat diorang balik rumah terus tau...
Sebab kalau tak salah 7.11 nanti ada kawad
Jadi kami semua kena tunggulah diorang start cuti 8.11.12 nanti

Sekarang, jiw dah rasa lapang, dah rasa tenang
Takdek nak risau sangat sebab dah balik kat negara yang aman damai ni
Kalau dulu, setiap hari mesti rasa tak tenang bila terfikirkan keadaan suami jauh kat nagara orang tu
Tapi sekarang dah alhamdulillah
Syukur sangat2 sebab Allah dah bagi kekuatan pada kami semua untuk menghadapi setahun yang lepas dengan baik

Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak hadapi
Semua tu aku akui
Walaupun Allah uji kita dengan dugaan yang berat, Allah akan selalu bantu kita
Ia membuatkan aku semakin dekat denganNya.
Sentiasa mengingatiNya, sentiasa berdoa untuk keselamatan semua

Sekarang aku bukanlah insan lemah seperti dulu
Aku dah jadi insan yang kuat
Insan yang pandai berdikari
Bukan insan yang lemah yang hanya boleh berdiri dengan bantuan orang lain
Sekarang ikatan kami semua semakin kukuh
Betul kata pepatah..
Semakin hari semakin sayang

Ini pengalaman untuk kami sekeluarga
Untuk bekalan di hari yang mendatang
Supaya kami semua akan lebih bersedia dan tabah untuk apa jua yang akan berlaku di kemudian hari
Aku bersyukur pada Allah kerana memilih kami suami isteri untuk menerima dugaan ini
Bukan semua orang yang beruntung akan terpilih
Ia menjadikan kami semakin kuat

Ok lah..tak nak sedih sedih dah
Semua telah berakhir bagi kami
Sekarang masa kami anak beranak untuk gembira dan menjalani hidup seperti biasa
Seperti orang lain jugak
Apa yang mampu aku cakap, aku sangat bersyukur dengan kehidupan kami pada hari ini

Bila nampak je kapal terbang ni terus hati jadi sebak. Sebab terlalu gembira suami dah selamat sampai Malaysia

ha... mana-mana kami??sila cari..kihkihkih

Senyum-senyum je dulu..hihi..

Papa sayang Syasya... Buat muka saje je Syasya

Tengok..Syasya buat muka mengada

Kami satu keluarga!!!

Mana adik??

Senyum je adik dapat jalan

Besar topi kakak...

Sejambak bunga untuk yang tersayang!!!

Adik ipar yang banyak membantu

Mami Syasya yang sudi tolong pegang Syasya n Amani

Sayang abang....

Kami dalam dewan dengar taklimat. Sasya jeles bila papa dukung Amani