Halaman

GENAP 10 BULAN

22.10.12 - 22.8.13

Hari ni 22.8.2013. Pejam celik pejam celik dah 10 bulan suami kat sana. Lagi 2 bulan nak balik Malaysia. Tak sabar rasanya nak tunggu.

Bila fikir lagi bulan terasa lama pula. Padahal sebelum ni rasa sekejap dah 10 bulan. Yela, sapa tak semangat bila orang yang kita sayang sangat-sangat nak balik. Duduk depan mata kita. Duduk tempat yang selamat baru kita rasa tenang.

Sekarang pun kat sana dah makin teruk bergolak. Tengok berita dalam TV dah macam-macam terjadi. Dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan ni. rasa risau sangat dengan suami kat sana. Hanya mampu berdoa agar Allah selamatkan dan lindungi semua anggota tentera kat sana.

Air mata ni jangan dikira lagi. Sampaikan menangis dalam hati bila teringat suami kat sana. Semua isteri-isteri anggota yang pergi sana akan rasa apa yang rasa. Mana taknya, Suami pergi masa aku baru mengandung tiga bulan. Bersalin pun dia takdek kat sini. kesian kat Amani. Dapat jumpa dia sekejap je. Sama juga macam Syasya. Setahun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. bila jumpa orang lelaki bukan main ramah lagi. Semua orang die panggil papa. Sampai India pun die panggil papa. aku cakap Syasya " carilah yang hensem sikit baru cakap papa " hahha....

Kalau pergi jalan ke, beli barang ke rasa jeles jer tengok diorang jalan satu family. Lengkap ada suami, isteri dan anak-anak. jadi sedih pula bila fikir. Syasya pula kalau jalan terlepas tangan mulalah pergi pegang kaki orang lelaki yang duduk dekat ngan die. Masa kecik bukan main takut lagi dengan orang. Tapi bila lama tak jumpa papa dia, makin jadi peramah dengan orang lelaki. Kalau orang lelaki hulur tangan nak dukung bukan main suka lagi. Kalau orang perempuan yang hulur tangan nak dukung jangan haraplah. Dia tak nak punya la. 

Haritu dah terbasuh baju yang last suami pakai sebelum pergi. rasa sedih sangat-sangat sebab kami dah tak leh bau baju tu..hihi.. Tapi alhamdulillah, masa balik cuti bulan 6 haritu, suruh dia pakai semula baju tu. Adalah bekal kami anak beranak nak tunggu bulan 11 nanti. Untuk hilangkan rindu. Tenangkan hati.

Bulan Ogos ni sedih rasa. yela, tahun pertama kami semua beraya tanpa suami. Anak-anak beraya tanpa ayah. Nak balik kampung pun kena ayah yang ambil. kalau tak memang tak balik la Rompin. Nak drive macam mana dengan dua orang anak kecik. raya pun tak pergi mana-mana pun. Duduk kat rumah je tunggu kawan-kawan ngan sedara mara yang datang. Mujurlah dah last minit kakak balik dari kedah. Raya kelima baru adik balik. Meriah sikit rumah. Hilangla rasa sedih kat hati ni.

Sekarang ni pas balik beraya minggu lepas aku kena batuk-batuk, selesema, dah 4 hari tak baik-baik juga. Berjangkit batuk kat syasya.. Dua-dua suara jadi serak. Syasya dah dua malam batuk sampai muntah-muntah. Tiap hari padan duk basuh cadar ngan selimut je. Harap-harap tak berjangkitlah dengan Syasya. Hari Sabtu ni plan nak holiday kat Kuantan tapi kalau tak baik lagi nampak gayanya memang kena cancel la. Tak seronok nak pergi badan tak sihat.

Pagi tadi masa nak g kerja, Syasya siap-siap pakai kasut sendiri. Punyalah nak ikut pergi kerja. Sampai menagis nak ikut. Kesian pula rasa tapi nak buat macam mana. Nak pergi kerja bukan nak pergi jalan pun. 

Kami kat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anggota kat sana agar sentiasa selamat dari sebarang musibah. Tak dah. lagi dua bulan je lagi. Harap-harap semua dapat balik dengan selamat. Cukup bilangan orang yang pergi, cukup bilangan orang yang akan balik nanti. Memang rasa tak sabar sangat.

Dapat berhubung pun cuma pakai What'sApp. nak tango line memang slow. Kalau kat rumah gambar tersekat-sekat. Kat sekolah jela line yang ok sikit. Hilanglah sikit rasa rindu. Dapat tengok muka pun jadilah walau gambar tersekat-sekat pun..hahha...

Semoga dua bulan yang akan datang ni akan cepat berlalu. Aku dah tak boleh tengok kalendar dah. Sebab bila tengok je akan rasa makin lama. So, untuk rasa senang hari tak payang tengok kalender dan tak payah fikir pasal bulan sebelas..haha..Senang jiwa tak seksa.hhihi.

Abang, kami semua doakan agar abang sentiasa dilindungi Allah dan akan selamat pergi dan balik nanti. hanya doa kami mampu kirim dari sini. semoga semuanya selamat dan kita akan hidup macam biasa seperti sebelum-sebelum. Ada keluarga dan ada kehidupan yang bahagia macam orang lain juga. Biasalah, kalau dah kawen dengan askar, kite isteri ni kena kawen dengan kerjaya diorang jugak. nak taknak kita kena redha dan kuat untuk hadapi semua ni. Secara tak langsung akan jadikan kita insan yang lebih berdikari dan akan lebih menghargai pasangan kita. Ada positif dan negatif juga tapi aku hanya fikir yang negatif. Banyak yang aku dah belajar bila suami tiada disisi. Pengalaman mengajar aku menjadi  insan yang lebih berdikari dan matang. Kalau sebelum ni asyik dimanjakan, sekarang dah boleh berdiri atas kaki sendiri.  Tapi lepas ni kalau ada misi lagi JANGAN sertai ok...hahaha....

 



 

No comments:

Post a Comment