Halaman

Balik kampung

13.11-20.11.13 haritu kami semua satu family balik kampung
Tapi balik seminggu memang terkejar-kejarlah
Tak banyak aktiviti dapat buat
Tambahan pula Syasya demam masa balik Sarawak
Jadi aktiviti jalan jalan ni kena kurangkan lah

Tak tau lah kenapa,
Balik kali ni banyak betul dugaan
Flight kitorang 13.11 hari rabu
Petang selasa tu dah sampai KL

Tapi hari ahad sebelum tu Syasya dah demam
Pergi unit kecemasan kat HOSHAS
Panas jugaklah badan die
Jadi masa packing barang,
Banyaklah bawak bekal ubat die
Cool Fever, ubat demam,Ubat batuk.. Yang paling penting termometer nak cek suhu badan die

Masa kat KL hari selasa tu badan Syasya memang panas
Malam tu masa die tidur, bila terjaga je mata dah merah
Mata hitam macam pandang ke atas
Aku rasa tak sedap hati terus ajak suami bawak Syasya g hospital
Seb bek adik ipar ada
Dia yang bawak kereta pergi HKL

Sampai sana terus cek suhu badan Syasya
2 kali MA tu cek suhu
39.5 darjah celcius!!!
Allah je yang tau perasaan aku masa tu
Kalau pegang badan die memang takdeklah panas sangat tapi tak sangka suhu sampai mencecah tinggi macam tu
Cek suhu kat rumah dalam 38.5 darjah celcius macam tu je

Terus bawak pergi jumpa doktor
Masukkan ubat ikut bontot
masa tu jugak kena mandikan kat toilet
Nak bagi panas turun
badan tak boleh lap,
Biar kering sendiri

Dalam hati dah tak tenteram
Esok dah nk flight
Cuma doktor cakap kalau still demam esoknya,kena bawa pergi hospital terdekat untuk cek dara
Takut ada penyakit lain. Sebab sekarang memang macam-macam virus yang ada.

Esoknya teruskan jugak pergi airport nak balik kampung
Masa tu badan syasya dah tak panas.
Mungkin ubat tu yang cepat turunkan suhu badan dia
Tapi masa nak pergi tu kunci kereta pulak tak jumpa
Cari-cari memang dah takdak
Last2 jumpa jugak tapi masa tu dah pukul area 6.20 am cam tu la

Sampai airport je lagi satu masalah
Nak check in nama tak boleh
Pergi kaunter dia cakap kaunter dah tutup
Tak tau nak cakap apa dah masa tu
Memang rasa nak menangis kat situ juga
Masa tu baru pukul 7.20am
Flight pukul 8.20
Masih berbaki sejam untuk check in

Tak tau apalah malang sangat haritu
Last2 beli tiket last minit
Tiket pul 9.30am
Tapi yang paling tak sedap dengar, hanya boleh beli tiket kosong
Bagasi kena timbang beg ikut harga lain
Terus aku pandang beg yang berlambak tu
Mana tak banyak beg, tempah tiket bagasi haritu 75kg tapi semua sia-sia belaka
Last2 terpaksa redha dalam sendu
bayar je tiket untuk 4 orang sekali bagasi yang jumlahnya RM900 !!!
RM 900 tu kalau g honeymoon lagi best !!!
Argh......taknak fikir dah pasal hal ni.

ok la...biar gambar yang berbicara
Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku sepanjang percutian kami kali ni
Yang penting anak-anak semua sihat dan selamat
Duit boleh dicari walaupun  tetap rasa sedih

Bergambar dulu sementara nak tunggu turn naik feri. Kat semenanjung mana ada pengalaman nak naik feri macam ni kecuali kalau nak pergi ke pulau-pulau jer


Rasa sangat teruja.. hehe... Setahun sekali apa salahnya. MAsa ni on the way nak pergi Simunjan dekat tempat abang ipar mengajar. Jauh jugaklah mungkin dalam 2 jam lebih tapi nek feri ni dalam 5 minit cam tu je..Just untuk seberang sungai. Tapi tgk ada jambatan dalam pembinaan.. Alhamdulillah lepas ni masa perjalanan akan lebih cepat la
Singgah sekejap dekat pasar Balai Ringin. Balai Ringin ni terletak kat kawasan Serian. Dari Serian nak ke Balai Ringin kalau tak silap dalam setengah jam je. Kalau dari rumah husband kat Siburan dalam 2 jam gitu kot. hehe... Tak dapat nak bagi masa yang tepat


Kat belakang tu ada memerang ngah makan ikan.Mungkin zaman dulu kat sini banyak binatang memerang tu kot. Tu yang rang siap buat tugu lagi..hihi
Makan durian kampuang dari dusun moyang zaman berzaman

Ni udang galah Serian


Resipi dari orang semenanjung... Hehehe.. Udang masak cili padi tapi tak erapa nak berapi sebab orang sarawak ni tak suka makan pedas kot. Karang buat pedas pedas mau terangkat pak mertua ngan mak mertua makan...hahaah  



Syasya ketua kumpulan marhaban ni. Pakai baju pun dah sama tema. Suka sangat duduk dekat kumpulan ni ngah baca selawat... Hmm.. macam-macam la syasya ni. Tapi takpe sibuk sibuk pun kalau ni untuk ilmu keagamaan..Kalau join orang yang ngah berjoget2 tu sori yer sayang...

Majlis kesyukuran 3 cucu serentak dan majlis potong jambul. Sebelah tu abang ipar yang sulung. Baby sorang lagi tak sempat nak snap gambar.

Wah.. Nur Amani Marissa kena cukur jambul..hihi

Suka sangat Syasya kena tepung tawar sekali... Baby besar..haha

Habis sekali ngan mama kena tepung tawar...hihi
Tengah tunggu turn nak potong jambul
Pisang warna merah..hehe.. Tapi tak beli pun sebab dah sempat nak goreng sebab esoknya dah nak balik semenanjung.. Jadi ambil gambar pun cukuplah

Buah engkalak. Buah ni memang takkan jumpa kat semenanjung. Sedap jugak buah ni tapi ada cara-cara nak makan. Bukan pakai duk gigit masuk mulut jer. Kena rendam dalam air panas dulu pastu campau garam baru boleh makan. Rasa die boleh tahanlah.. Rasa lemak2 camtu.

Suasana kat pasar satok. selalu pelancong kana ke sini untuk beli buah tangan nak balik. paling banyak orang jual ikan terubuk masin. Kek sarawak [un ada tapi aku borong kat seberang waterfront pergi kat kilang die terus. Lagi banyak pilihan,

Lai..Lai....Lai... Banyak ikan terubuk kat sini. Habis terang aku borong. Untuk buah tangan orang kat semenanjung ni tapi dalam banyak2 kedai, kedai ni je yang ada tawarkan ikan terubuk 4 ekor rm10. Kedai lain paling murah semua jual 3 ekor rm10. Barang dah naik rege semua sampai ikan pun naik harga akibat kenaikan mintah HANYA RM0.20 SELITER!!!
Ni kilang kek sarawak. Lokaso die seberang waterfront. Kalau nak pergi boleh naik bot. Tahun lepas kalau tak silap sorang kena bayar rm0.50 je. Tapi kali ni pergi ikut jalan darat.

Rasa jangan tak rasa. Kalau pergi time perut kosong best jugak..haha. Tapi kalau rasa banyak2 jadi ak muntah pulak sebab muak. Bila rasa banyak tapi time nak beli pakai amik je.. Tengok corak cantik beli tak ikut dah masa rasa setiap satu kek tu..haha/.. JAdi rambang mata

Kalau pergi kilang kek ni seronok sikit. Bnayak pilihan kita nak pilih. Kalau beli kat gerai2 tak banyak stok. Setiap biji kek tu dijual dengan harga RM 10 je.. rasa die pun boleh tahan jugak. sesuailah kalau nak bagi gift kat kawan-kawan. Nak beli yang mahal mana mampu..bankrupt...hahaa

Syasya ngah order makan. Lepas penat jalan berenti isi perut dulu baru boleh sambung jalan.

Tea 3 layer with Laksa sarawak
Ni lokasi kat de[an waterfront. banyak kedai-kedai kat cini yang jual cenderahati. Aku pergi sini sebab nak beli baju untuk orang semenanjunglah. harga pun boleh lah sebab kita beli untuk kenangan kan. mampu dimiliki..hehe

Ni tak past kat mana tapi banyak ikan-ikan dan buaya kat sini. Ada juga kura-kura

Syasya takut tengok mulut ikan tu besar sangat..hhaha

Amin...

Syasya ngan paklong die

Tamatlah sudah percutian kami kali ni walaupun banyak halangan dan dugaan yang datang namun kenangan yang ada takkan dapat dibayar dengan wang ringgit...


No comments:

Post a Comment