Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia
kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari
dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua
jam sekali untuk menyusu.
Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali
penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90
mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan
bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.
Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur
yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia
dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke
dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa.
Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap
kali selepas penyusuan.
Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:
Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:
1. Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong
kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.
2. Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan
sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.
3. Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.
4. Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu,
sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.
info : http://pama.karangkraf.com/bayi/panduan-sendawakan-bayi-1.192469
No comments:
Post a Comment