Tanggal 22.10.12
tiba juga.. Tarikh yang akan memisahkan kami selama setahun. Walaupun
perkataan 'se' itu cukup ringkas namun bagi kami ia adalah masa yang
cukup lama. SETAHUN!
Sapa
yang tak sedih bila nak berpisah orang yang kita sangat2 sayang ni.
Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan tahu perasaan aku saat itu.
Haritu
aku dengan syasya, mak mertua dan kedua mak ayah aku pergi ke Subang
untuk menghantar suami sebelum berlepas ke sana. Suasana masa tu memang
sedih gile. takdak sorang pun yang aku tgk yang tak sedih.
Ramai
juga yang datang masa tu. Sampai dua khemah tak cukup.. Siap ada yng
bawak tikar lagi,picnic kat tengah kawasan tu. hehehe.
21.10
sebelum tu,aku check in kat Concorde Hotel Shah Alam. Bayar mahal pun
takpelah,sebab masa tu je yang ada untuk kami habiskan bersama. sebab
kalau check in hotel berbeza, esoknya dapat jumpa sekejap je.
Yang paling tak tahan sebak bile pengumuman suruh semua anggota masuk check in dalam airport
(
just for tudm ). Rasa sedih sangat. Aku peduli apa dengan orang
sekeliling. Aku peluk je dia kat situ. Sebab lepas ni lagi setahun baru
dapat jumpa. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.
Aku
dan mak mertua sanggup bersesak masuk dalam dewan tu bila ada announce
bagi peluang kat ahli keluarga tengok diorang kawad sebelum berlepas.
Syukur alhamdulillah, Tuhan bagi kemudahan pada kami untuk duduk kat
depan sekali. Walaupun panas sangat tapi syukur sekurang2nya aku dapat
tatap wajah suami walaupun jauh.
Nasib
baik die dah cakap die duduk barisan mana masa kawad tu, so aku senang
nak cari. Macam orang lain lagi kesian sebab duk tercari2 suami diorang.
Kiranya sistematik jugakla suami aku sebab dah bagitau awal2..hehehe...
Kesian
Syasya masa tu. Asyik menangis sebabb panas. Manakan tidak,semua orang
kena bersesak dalam tu. sebab berdiri bahagian belakang memang takkan
nampaklah. Nampak kepala orang depan jer.
ok
lah, kat bawah ni ada gambar untuk kenangan dan suami untuk tengok.
Sebab sekarang ni hanya internet yang dapat hubungkan kami. Nasib baik
kat sana dapat rangkaian internet. Dapat juga tanya khabar and video
call. Walaupun jauh tapi hubungan tetap rapat.
Doa untuk suamiku....
Ya
Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah suamiku dan semua anggota yang
menyertai misi ini dari segala mala petaka dan bahaya. Kau berikanlah
mereka kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan keselamatan yang
baik. Jauhkanlah mereka dari segala kecelakan dan perkara buruk. Hanya
kepadaMu aku memohon Ya Allah. Enkau berikanlah mereka kekuatan dan
syafaatMu ya Allah kerana mereka berada dalam keadaan bahaya di sana.
Hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Kau rapatkanlah kasih sayang dan
cinta kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah...
Amin...........
Abang..semoga
abang sentiasa sihat dan diberikan perlindungan oleh Allah di sana.
Kami di sini sentiasa doakan abang agar abang selamat pergi dan
pulang.
Habiskan masa yang ada bersa0-masa |
Syasya yang tak tahu apa-apa |
Papa sayang Syasya |
I love U Sayang |
Suami tengah berbaris |
Perbarisan |
Nasib baik dapat berdiri sama depan |
You Are My Hero Sayang!!! |
baru lepas Check out |
Suka Syasya |
Suami dengan abah |
At bawah khemah |
masa ni preggy 2 bulan.. :( |
Papa dukung Syasya puas2. |
Umur Syasya baru setahun 3 bulan |
No comments:
Post a Comment