Tapi bila dah berkahwin baru tau perancang keluarga adalah sesuatu penting dalam sesebuah perkahwinan. Sebelum ni memang tak pernah ambil apa-apa perancangan keluarga. Sampailah bila dah anak kedua ni baru plan nak ambil. Bukan apa, cuma untuk jarakkan kelahiran. Lagi pun anak2 masih kecil lagi. Syasya baru 2 tahun 2 bulan. Adik pula baru 4 bulan. Walaupun beza 2 tahun tapi aku rasa merancang bilangan anak seterusnya amat penting.
Jadi sebelum kita cari kaedah yang terbaik, jom kita tahu dulu apa hukum merancang keluarga dalam Islam. Maklumat ni pun dapat dari internet. Try google dah inilah jawapannya.
Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;
Institusi perkahwinan
dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap
makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH
berfirman tentang mereka,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّة
“Dan Sesungguhnya
kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan
kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”
-Surah ar-Ra’d, 38-
Sebaik-baik
contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang
berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan
yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,
أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”
-Surah al-An`am, 90-
Para Rasul yang
sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang
mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang
berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka
mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah
melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin)
atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk
tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat
yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi.
Baginda
bersabda;
“Aku solat dan
aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwini wanita.
Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan
dariku”
Rasul ALLAH
s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin
perempuan yang subur untuk meramaikan anak.
Baginda bersabda;
“Kahwinilah
(wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang
paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-
Menurut pandangan
Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah
menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia
melalui ayat berikut;
وَاللّهُ
جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ
أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ
أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72)
سورة النحل
“ALLAH menjadikan
bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu
dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu
rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang
batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”
-Surah An-Nahl, 72-
ALLAH juga berfirman,
الْمَالُ
وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ
الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة
الكهف
“Harta dan
anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang
kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih
baik untuk menjadi harapan.”
-Surah Al-Kahfi, 46-
Hanya ALLAH
Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim
mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan
menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang
membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada
ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام
“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”
-Surah al-An’am, 151-
ALLAH juga menegaskan;
وَلاَ
تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ
وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء
“Dan
janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah
yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya
membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”
-Surah al-Isra’, 31-
Maka, Muslim
tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana
takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki
kepada mereka.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;
1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak
2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’
menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat
seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis),
selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat
Islam
3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu
kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya
kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan
mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan.
Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang
kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan
apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.
No comments:
Post a Comment