Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
- Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
- Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
|
|
|
|
Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
- Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
- Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
- Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
- Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
- Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
- Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
- Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
- Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Masa Menyusu
|
Hari 1 - 3
|
Hari 4 - 6
|
Hari 7 - 9
|
Hari 10 - 13
|
Minum Pagi
7.30-9.00 pg
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Minum Pagi
10.00-11.30 pg
|
Susu ibu
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Makan Tengahari
12.00 - 1.30 tgh
|
Susu ibu
|
Susu ibu
|
Susu yang diperah
|
Susu yang diperah
|
Minum Petang 2.00
- 4.00 ptg
|
Susu ibu
|
Susu ibu
|
Susu ibu
|
Susu yang diperah
|
Hari 1-3 :
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 :
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
No comments:
Post a Comment