Tapi balik seminggu memang terkejar-kejarlah
Tak banyak aktiviti dapat buat
Tambahan pula Syasya demam masa balik Sarawak
Jadi aktiviti jalan jalan ni kena kurangkan lah
Tak tau lah kenapa,
Balik kali ni banyak betul dugaan
Flight kitorang 13.11 hari rabu
Petang selasa tu dah sampai KL
Tapi hari ahad sebelum tu Syasya dah demam
Pergi unit kecemasan kat HOSHAS
Panas jugaklah badan die
Jadi masa packing barang,
Banyaklah bawak bekal ubat die
Cool Fever, ubat demam,Ubat batuk.. Yang paling penting termometer nak cek suhu badan die
Masa kat KL hari selasa tu badan Syasya memang panas
Malam tu masa die tidur, bila terjaga je mata dah merah
Mata hitam macam pandang ke atas
Aku rasa tak sedap hati terus ajak suami bawak Syasya g hospital
Seb bek adik ipar ada
Dia yang bawak kereta pergi HKL
Sampai sana terus cek suhu badan Syasya
2 kali MA tu cek suhu
39.5 darjah celcius!!!
Allah je yang tau perasaan aku masa tu
Kalau pegang badan die memang takdeklah panas sangat tapi tak sangka suhu sampai mencecah tinggi macam tu
Cek suhu kat rumah dalam 38.5 darjah celcius macam tu je
Terus bawak pergi jumpa doktor
Masukkan ubat ikut bontot
masa tu jugak kena mandikan kat toilet
Nak bagi panas turun
badan tak boleh lap,
Biar kering sendiri
Dalam hati dah tak tenteram
Esok dah nk flight
Cuma doktor cakap kalau still demam esoknya,kena bawa pergi hospital terdekat untuk cek dara
Takut ada penyakit lain. Sebab sekarang memang macam-macam virus yang ada.
Esoknya teruskan jugak pergi airport nak balik kampung
Masa tu badan syasya dah tak panas.
Mungkin ubat tu yang cepat turunkan suhu badan dia
Tapi masa nak pergi tu kunci kereta pulak tak jumpa
Cari-cari memang dah takdak
Last2 jumpa jugak tapi masa tu dah pukul area 6.20 am cam tu la
Sampai airport je lagi satu masalah
Nak check in nama tak boleh
Pergi kaunter dia cakap kaunter dah tutup
Tak tau nak cakap apa dah masa tu
Memang rasa nak menangis kat situ juga
Masa tu baru pukul 7.20am
Flight pukul 8.20
Masih berbaki sejam untuk check in
Tak tau apalah malang sangat haritu
Last2 beli tiket last minit
Tiket pul 9.30am
Tapi yang paling tak sedap dengar, hanya boleh beli tiket kosong
Bagasi kena timbang beg ikut harga lain
Terus aku pandang beg yang berlambak tu
Mana tak banyak beg, tempah tiket bagasi haritu 75kg tapi semua sia-sia belaka
Last2 terpaksa redha dalam sendu
bayar je tiket untuk 4 orang sekali bagasi yang jumlahnya RM900 !!!
RM 900 tu kalau g honeymoon lagi best !!!
Argh......taknak fikir dah pasal hal ni.
ok la...biar gambar yang berbicara
Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku sepanjang percutian kami kali ni
Yang penting anak-anak semua sihat dan selamat
Duit boleh dicari
Bergambar dulu sementara nak tunggu turn naik feri. Kat semenanjung mana ada pengalaman nak naik feri macam ni kecuali kalau nak pergi ke pulau-pulau jer |
Kat belakang tu ada memerang ngah makan ikan.Mungkin zaman dulu kat sini banyak binatang memerang tu kot. Tu yang rang siap buat tugu lagi..hihi |
Makan durian kampuang dari dusun moyang zaman berzaman |
Ni udang galah Serian |
Majlis kesyukuran 3 cucu serentak dan majlis potong jambul. Sebelah tu abang ipar yang sulung. Baby sorang lagi tak sempat nak snap gambar. |
Wah.. Nur Amani Marissa kena cukur jambul..hihi |
Suka sangat Syasya kena tepung tawar sekali... Baby besar..haha |
Habis sekali ngan mama kena tepung tawar...hihi |
Tengah tunggu turn nak potong jambul |
Pisang warna merah..hehe.. Tapi tak beli pun sebab dah sempat nak goreng sebab esoknya dah nak balik semenanjung.. Jadi ambil gambar pun cukuplah |
Ni kilang kek sarawak. Lokaso die seberang waterfront. Kalau nak pergi boleh naik bot. Tahun lepas kalau tak silap sorang kena bayar rm0.50 je. Tapi kali ni pergi ikut jalan darat. |
Syasya ngah order makan. Lepas penat jalan berenti isi perut dulu baru boleh sambung jalan. |
Tea 3 layer with Laksa sarawak |
Ni tak past kat mana tapi banyak ikan-ikan dan buaya kat sini. Ada juga kura-kura |
Syasya takut tengok mulut ikan tu besar sangat..hhaha |
Amin... |
Syasya ngan paklong die |
Tamatlah sudah percutian kami kali ni walaupun banyak halangan dan dugaan yang datang namun kenangan yang ada takkan dapat dibayar dengan wang ringgit... |
No comments:
Post a Comment