Bermulanya proses penerokaan
Amani 6 bulan
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
Rumah naik lagi
Kenaikan Harga Rumah Naik 2014 : Nampaknya pengumuman Datuk Seri Najib dalam siri pembentangan Bajet 2014 iiatu menghapuskan skim DIBS dan juga menaikkan peratus RPGT tidak memberikan kesan besar kepada kalangan pemaju perumahan. Malah pemaju hartanah tidak perlu risau dengan pelaksanaan sebegitu rupa. Ini kerana….
Ini kerana peluang untuk pemaju hartanah untuk buat duit dengan rakyat Malaysia yang “dahagakan” untuk memiliki rumah sendiri di tanahair mereka sendiri dilihat semakin meluap-luap ditambah dengan masih kurangan pembinaan dan perumahan baru yang dibina oleh oleh pemaju bagi menampung permintaan yang tinggi ketika ini. Malah harga rumah akan terus naik dan naik di Malaysia selagi kemelut lonjakan harga rumah tidak ditemui “tonik yang sebenar”
Kenaikan Harga Rumah Naik 2014 Lagi 5%
Nampaknya pada tahun hadapan rakyat
Malaysia, boleh dikatakan tahun yang agak mencabar bagi rakyat Malaysia
dengan gelombang kenaikan harga minyak , kenaikan tarif elektrik , kenaikan harga gula dihapuskan. Apa kata anda pula dan apa langkah seterusnya anda selepas ini?
Label:
semua
Amani naik walker
Hari ni umur Amani dah 6 bulan 7 hari
Dia dah pandai merangkak sikit-sikit tapi tak laju
Dah pandai duduk senget sikit
jadi aku try la bubuh dalam walker die
Tengok macam ok je tapi tak berani letak lama..
Letak sekejap2 je
Suka pula die duduk dalam tu
Sampai syasya siap merajuk lagi nak naik jugak
Suka jeles ngan adik
Pastu suka tiru apa yang adik die nak buat
Macam tu la budak2..kiki

Syasya dapat meja dan kerusi baru
Sebelum ni kesian tengok syasya...
Selalu ambil motor die, tarik kat sofa buat jadi kerusi
Baca buku, makan semua kt situ
Memang nampak die nak sangat ada meja sendiri..hihi
Khamis lepas sempatlah singgah sekejap kat kedai perabit
Tapi bukan nak beli kerusi syasya tapi nak beli penyidai kain
Maklumlah sekarang kan musim hujan
Memang kena jemur baju dalam rumah
Takkan nak gantung baju dekat dinding plk
Tak cantikla..makin lambat kering macam tu
Bila ternampak meja dan kerusi budak baru teringat kat Syasya
Tu yang beli
Nak beli yang cantik rasa belum sesuai
Sebab meja yang cantik tu sesui untu budak umur 5 6 tahun
Sebab meja dan kerusi tu tinggi
Jadi aku decide beli yang murah je la..
Jadi lah untuk die main-main kat rumah
Harga pun tak mahal pun.
Nak beli yang mahal tak mampu..kiki
Kerusi tu harga die rm12 je
Meja pulak rm38 je
Nnt kalau die dah bsr br boleh beli yang mahaltaklah mahal mana rm150 tp bg aku mahalla..hihi
Selalu ambil motor die, tarik kat sofa buat jadi kerusi
Baca buku, makan semua kt situ
Memang nampak die nak sangat ada meja sendiri..hihi
Khamis lepas sempatlah singgah sekejap kat kedai perabit
Tapi bukan nak beli kerusi syasya tapi nak beli penyidai kain
Maklumlah sekarang kan musim hujan
Memang kena jemur baju dalam rumah
Takkan nak gantung baju dekat dinding plk
Tak cantikla..makin lambat kering macam tu
Bila ternampak meja dan kerusi budak baru teringat kat Syasya
Tu yang beli
Nak beli yang cantik rasa belum sesuai
Sebab meja yang cantik tu sesui untu budak umur 5 6 tahun
Sebab meja dan kerusi tu tinggi
Jadi aku decide beli yang murah je la..
Jadi lah untuk die main-main kat rumah
Harga pun tak mahal pun.
Nak beli yang mahal tak mampu..kiki
Kerusi tu harga die rm12 je
Meja pulak rm38 je
Nnt kalau die dah bsr br boleh beli yang mahal
50 CARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI
Cara Cerdikkan anak kita
50 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN “TIRU-MENIRU”
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.
Selamat mencuba!

P&P
9 bulan sudah berlalu
9 bulan sudah berlalu
Tak terasa masa yang berlalu pergi
Namun ingatanku padamu takkan hilang walau ditelan masa
Akan ku ingat setiap kenangan kita bersama
1.12.13 juga diadakan majlis tahlil untukmu
Agar rohmu tenang di sana
Saat entry ini ditulis
Air mata tidak henti2 mengalir mengingatimu
Maafkan ku kerana tidak dapat melawat pusaramu
Namun ingatanku terhadapmu takkan padam
Memang niat kami semua akan melawat pusaramu namun keadaan tidak mengizinkan
Doa kami setiap saat tetap mengiringimu sayang
Ingatanku terhadap takkan hilang
Walau masa semakin memisahkan kita
Hanya Allah yang mengerti akan perasaanku ini
Aku berjanji padamu akan sentiasa menjaga waris mu satu-satunya itu
Hanya itu harta dan kenangan yang kau tinggalkan untuk kami semua
Untuk kami lepaskan rindu padamu
Akan ku jaga hubungan ini sehingga akhir hayat ku
Saat ini hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku padamu
Peristiwa pedih itu seolah2 baru semalam berlalu
Semuanya masih segar dalam ingtanku satu persatu
ia takkan luput sampai akhir hayatku
Hanya gambar pengubat rindu dikala aku rindu
Wajahmu takkan padam dari ingatan aku
Walaupun hati terasa pedih dan sedih namun aku redha atas setiap qada dan qadar tuhan
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi
Aku juga akan melalui saat itu namun semuanya dirahsiakan oleh Allah
Semoga dirimu tenang di sana dan dirahmati Allah
Dirimu takkan luput dari ingatanku
Walau apa yang berlaku aku akan sentiasa berdoa dan terus berdoa untukmu
Semoga kita berjumpa di akhirat kelak kerana aku begitu menyangimu
Semoga Allah berikan ketenangan kepada mu
Doa dari kami semua sentiasa mengiringimu
Sesungguhnya kami semua amat merindui dan menyanyangimu tapi Allah lebih berkuasa dan dia lebih sayangkanmu lebih dari kami
Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dirinya untuk bersama kami walaupun hanya seketika
Al-Fatihah
SAYA SAYANG ABANG SAYA SANGAT-SANGAT. SEMOGA AMPUNKAN SEGALA DOSANYA DAN TEMPATKAN DIRINYA DI TEMPAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN. TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ARWAH. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN.. AMIN

Balik kampung
13.11-20.11.13 haritu kami semua satu family balik kampung
Tapi balik seminggu memang terkejar-kejarlah
Tak banyak aktiviti dapat buat
Tambahan pula Syasya demam masa balik Sarawak
Jadi aktiviti jalan jalan ni kena kurangkan lah
Tak tau lah kenapa,
Balik kali ni banyak betul dugaan
Flight kitorang 13.11 hari rabu
Petang selasa tu dah sampai KL
Tapi hari ahad sebelum tu Syasya dah demam
Pergi unit kecemasan kat HOSHAS
Panas jugaklah badan die
Jadi masa packing barang,
Banyaklah bawak bekal ubat die
Cool Fever, ubat demam,Ubat batuk.. Yang paling penting termometer nak cek suhu badan die
Masa kat KL hari selasa tu badan Syasya memang panas
Malam tu masa die tidur, bila terjaga je mata dah merah
Mata hitam macam pandang ke atas
Aku rasa tak sedap hati terus ajak suami bawak Syasya g hospital
Seb bek adik ipar ada
Dia yang bawak kereta pergi HKL
Sampai sana terus cek suhu badan Syasya
2 kali MA tu cek suhu
39.5 darjah celcius!!!
Allah je yang tau perasaan aku masa tu
Kalau pegang badan die memang takdeklah panas sangat tapi tak sangka suhu sampai mencecah tinggi macam tu
Cek suhu kat rumah dalam 38.5 darjah celcius macam tu je
Terus bawak pergi jumpa doktor
Masukkan ubat ikut bontot
masa tu jugak kena mandikan kat toilet
Nak bagi panas turun
badan tak boleh lap,
Biar kering sendiri
Dalam hati dah tak tenteram
Esok dah nk flight
Cuma doktor cakap kalau still demam esoknya,kena bawa pergi hospital terdekat untuk cek dara
Takut ada penyakit lain. Sebab sekarang memang macam-macam virus yang ada.
Esoknya teruskan jugak pergi airport nak balik kampung
Masa tu badan syasya dah tak panas.
Mungkin ubat tu yang cepat turunkan suhu badan dia
Tapi masa nak pergi tu kunci kereta pulak tak jumpa
Cari-cari memang dah takdak
Last2 jumpa jugak tapi masa tu dah pukul area 6.20 am cam tu la
Sampai airport je lagi satu masalah
Nak check in nama tak boleh
Pergi kaunter dia cakap kaunter dah tutup
Tak tau nak cakap apa dah masa tu
Memang rasa nak menangis kat situ juga
Masa tu baru pukul 7.20am
Flight pukul 8.20
Masih berbaki sejam untuk check in
Tak tau apalah malang sangat haritu
Last2 beli tiket last minit
Tiket pul 9.30am
Tapi yang paling tak sedap dengar, hanya boleh beli tiket kosong
Bagasi kena timbang beg ikut harga lain
Terus aku pandang beg yang berlambak tu
Mana tak banyak beg, tempah tiket bagasi haritu 75kg tapi semua sia-sia belaka
Last2 terpaksa redha dalam sendu
bayar je tiket untuk 4 orang sekali bagasi yang jumlahnya RM900 !!!
RM 900 tu kalau g honeymoon lagi best !!!
Argh......taknak fikir dah pasal hal ni.
ok la...biar gambar yang berbicara
Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku sepanjang percutian kami kali ni
Yang penting anak-anak semua sihat dan selamat
Duit boleh dicariwalaupun tetap rasa sedih

Duit boleh dicari
Bergambar dulu sementara nak tunggu turn naik feri. Kat semenanjung mana ada pengalaman nak naik feri macam ni kecuali kalau nak pergi ke pulau-pulau jer |
Kat belakang tu ada memerang ngah makan ikan.Mungkin zaman dulu kat sini banyak binatang memerang tu kot. Tu yang rang siap buat tugu lagi..hihi |
Makan durian kampuang dari dusun moyang zaman berzaman |
Ni udang galah Serian |
Majlis kesyukuran 3 cucu serentak dan majlis potong jambul. Sebelah tu abang ipar yang sulung. Baby sorang lagi tak sempat nak snap gambar. |
Wah.. Nur Amani Marissa kena cukur jambul..hihi |
Suka sangat Syasya kena tepung tawar sekali... Baby besar..haha |
Habis sekali ngan mama kena tepung tawar...hihi |
Tengah tunggu turn nak potong jambul |
Pisang warna merah..hehe.. Tapi tak beli pun sebab dah sempat nak goreng sebab esoknya dah nak balik semenanjung.. Jadi ambil gambar pun cukuplah |
Ni kilang kek sarawak. Lokaso die seberang waterfront. Kalau nak pergi boleh naik bot. Tahun lepas kalau tak silap sorang kena bayar rm0.50 je. Tapi kali ni pergi ikut jalan darat. |
Syasya ngah order makan. Lepas penat jalan berenti isi perut dulu baru boleh sambung jalan. |
Tea 3 layer with Laksa sarawak |
Ni tak past kat mana tapi banyak ikan-ikan dan buaya kat sini. Ada juga kura-kura |
Syasya takut tengok mulut ikan tu besar sangat..hhaha |
Amin... |
Syasya ngan paklong die |
Tamatlah sudah percutian kami kali ni walaupun banyak halangan dan dugaan yang datang namun kenangan yang ada takkan dapat dibayar dengan wang ringgit... |
Subscribe to:
Posts (Atom)