Perkara Yang Perlu Diambil Ketika Hamil
Apa
yang anda dan suami anda makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan
anak yang bakal lahir. Jadi Pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan
sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil. Berikut
merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita
yang sedang berusaha untuk hamil.
1. Asid Folik
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk didalamnya dapat mengelakkan
kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang lahir
sebanyak 80%!!. Jadi tingkatkan pengambilan asid folik ketika dan
sebelum 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ
dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam
bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan
jus-jus.
2. Zat Besi
Nutrisi ini amat penting bagi
membantu pembentukan sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia.
Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah
keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester
terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti
daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
3. Kalsium
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu
mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut
berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit
darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan
minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.
4. DHA
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi
untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam
kandungan lagi. Mulai 7 bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur
ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya
dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.
5. Air
Anda digalakkan untuk minum minumum 10 gelas air masak setiap hari.
Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan
jenis cecair yang lain. Jadi, pengambilan nutrisi lengkap sebelum dan
semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak
mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda
disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong
itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100%
semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi
mendapat nutrisi terbaik dan selamat.
No comments:
Post a Comment